Cache adalah storage sementara yang digunakan untuk mempercepatkan data yang diterima dengan menyimpan data yang diakses dengan kerap berdekatan dengan CPU (Central Processing Unit) untuk akses yang lebih cepat.Apa itu cache?
Fungsi cache adalah untuk melindungi/membahagikan antara device yang perlahan,device yang tetap dan CPU yang lebih laju. Contohnya seperti HDD/SSDApa fungsi cache?
Jadi, apabila data diakses oleh sesuatu applikasi. Ia akan disimpan di dalam cache menyebabkan request untuk data yang sama pada masa akan datang menjadi lebih laju.
Sebagai contoh :
Kita mula mula pergi klinik, pada mulanya agak perlahan kerana kenalah daftar dulu dan sebagainya.
Berbeza pula kalau kita memang dah pernah berdaftar dengan klinik tersebut. Proses kita untuk dapatkan rawatan akan jadi lebih cepat. Kerana data kita telah disimpan oleh pihak klinik tersebut.
Apa kelemahan cache?
Sudah tentu ia akan menggunakan memory yang akan memberi kesan kepada sumber di dalam sistem kita. Contohnya RAM. Penggunaan RAM akan jadi lebih tinggi disebabkan cache yang telah disimpan.
Data yang disimpan oleh cache juga akan jadi korup ataupun outdated data (data yang lama dan tiada update) yang akan menyebabkan error ataupun sesebuah aplikasi tidak berfungsi.
Saya pengguna Kali Linux, macam mana nak clear cache? Mari lihat :
Berikut adalah perkongsi oleh hotfloppy (segala penulisan dibawah adalah milik hotfloppy) :
Untuk clear cache, boleh guna command berikut:
Bash:
sync ; echo 1 | sudo tee /proc/sys/vm/drop_caches
Atau, kalau ada root access, guna command berikut:
Bash:
sync ; echo 1 > /proc/sys/vm/drop_caches
Tapi tolong berhati-hati bila guna command ni, especially kalau nak guna kat production servers.
SPOILER: HATI-HATI SEBAB APA?
Cache bertujuan untuk mengurangkan I/O traffic pada sesebuah machine/server, so bila server kita ada banyak user yang mengakses data yang sama berulang kali, system tak perlu mengakses data yang sama berkali-kali sebab semuanya telah di-cache. User akan akses data dari cache sahaja. So, bila kita delete cache tu kerap-kerap, system terpaksa mengakses data berkali-kali, dan ini boleh mengakibatkan I/O traffic yang tinggi dan mungkin server boleh crashed.
Untuk lebih faham, bayangkan situasi ni:
Dalam bilik kecil, ada 50 orang. Satu TV ditonton beramai-ramai vs setiap orang ada TV masing-masing.
Untuk personal device, rasanya takde masalah untuk terus clear page, inodes dengan dentries cache:
Bash:
sync ; echo 3 | sudo tee /proc/sys/vm/drop_
Page Cache:
Rekod yang disimpan di dalam memory berkenaan semua files yang kita pernah bukak sejak PC dihidupkan
Inodes Cache:
Rekod yang disimpan di dalam memory berkenaan semua struktur files yang kita pernah access. Size, tarikh dicipta, tarikh diubahsuai, owner dan sebagainya.
Dentries Cache:
Lebih kurang sama macam Inodes Cache, tapi lebih kepada folders/directory.
Itu sahaja lah perkongsian kali ini dari saya yang newbie ini tak lain tak bukan bertujuan untuk rujukan saya pada masa akan datang.
░█████╗░██████╗░███████╗██╗░░██╗░██████╗
██╔══██╗██╔══██╗██╔════╝╚██╗██╔╝██╔════╝
███████║██████╔╝█████╗░░░╚███╔╝░╚█████╗░
██╔══██║██╔══██╗██╔══╝░░░██╔██╗░░╚═══██╗
██║░░██║██║░░██║███████╗██╔╝╚██╗██████╔╝
╚═╝░░╚═╝╚═╝░░╚═╝╚══════╝╚═╝░░╚═╝╚═════╝░