Information Astroid sedang menuju ke bumi?

Show informational about something

Miyoo

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
28 Apr 2022
18
56
DragonCoin
5,960.00
WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang memantau rapi pergerakan asteroid gergasi yang kini menuju ke arah Bumi.

Agensi Amerika Syarikat (AS) itu meramalkan Asteroid 388945 (2008 TZ3) akan menghampiri Bumi, hari ini.


Asteroid itu memiliki ukuran lebar 1,608 kaki, iaitu lebih besar daripada bangunan Empire State di New York yang mempunyai ketinggian 1,454 kaki.

Sehubungan itu, asteroid gergasi terbabit diramal boleh mengakibatkan kemusnahan serius jika menghentam Bumi.


Bagaimanapun, menurut NASA, Asteroid 388945 (2008 TZ3) dijangka melepasi planet kita pada jarak sejauh kira-kira 3.5 juta batu.

Walaupun ia kedengaran seperti jarak jauh dari Bumi, ia tidak terlalu jauh dalam ruang angkasa lepas.

Sekiranya asteroid berada dalam lingkungan jarak 4.65 juta batu dan dalam saiz tertentu, maka agensi angkasa lepas menganggapnya sebagai "berpotensi berbahaya" dan Asteroid 388945 (2008 TZ3) menepati perincian itu.

NASA berkata, asteroid itu seharusnya berlalu dengan kelajuan lebih 18,000 batu sejam, pada kira-kira jam 5.15 petang (ET) dan 9.18 malam (BST).

Sebelum ini, satu lagi asteroid diramalkan melanggar Bumi, 6 Mei lalu. Ia merupakan Asteroid 2009 JF1 yang dikesan pada 2009.

Walaupun ia diramalkan boleh menghentam Bumi, pengiraan baharu yang dilakukan pada awal 2022, mengurangkan kebarangkalian kejadian itu.

Objek angkasa lepas itu kemudian melepasi Bumi pada jarak 28 juta batu, tanpa memberikan impak. - AGENSI