Open Bahasa gelas atau suhu minuman ketika ziarah

kwafeLt

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
9 Aug 2022
122
3,019
Lodging Mahfuzah
DragonCoin
507.00
Fire Red Dragon
Frost Dragon
Bahasa gelas atau suhu minuman ketika ziarah.​

buat kalian; saya ijazahkan darihal sebuah kisah, ringkasan perbualan saya bersama ayah pada suatu petang. semoga ia bermanfaat kepada semua; terimalah, sebelum saya lupa.​

Kata ayah;

Bahasa gelas tu ada empat-macam. Jika ber-tamu ke-rumah orang; tak kira-lah minuman apa yg ter-hidang, suhu air tu membawa maksud yang berbeza.​

  1. Pertama. Jika minuman yang di-hidang panas, di-bancuh dengan air mendidih.

    Maksudnya, tuan rumah gembira dengan kehadiran kita, lagi-lagi jika mereka segera menjerang air ketika kita datang, barangkali kerana kepingin. Biasalah, apabila semakin dewasa, tanggungjawab bertambah; waktu untuk lepak-lepak semakin terhad. Jadi, inilah peluang pengubat rindu; minuman yang terhidang tu panas, hirup perlahan-lahan dan ber-hati-hati, nanti melecur lidah. Duduklah berlama-lama, sediakan topik ber-selang cerita; ada banyak yang nak di-kongsi-kan.
  2. Kedua. minuman panas yang sedikit suam; masih hangat dan selesa di-lidah.

    Maksudnya, tuan rumah selesa kita datang ber-tandang. Duduklah sebentar, khabarkan maksud-mu hadir ber-kunjung; ber-balas kata sambung bicara, dengan perihal santai berbual mesra.
  3. Ketiga. Minuman sejuk, cawan dingin atau bercampur ais.

    Maksudnya, tuan rumah mengalu-alukan kehadiran kita. tetapi kita perlu bersedia untuk berangkat pergi, kerana sebentar lagi ada tetamu yang lain. Jika kehadiran kita membawa maksud penting, selesaikan dahulu; kudap-kudapan kemudian :sneaky:. situasi ini biasa kita alami ketika kunjung-mengunjung di hari raya.
  4. Keempat. Minuman ala kadar, apa yang ada sahaja.

    Maksudnya, tuan rumah sedang lakukan sesuatu ketika kita datang, dan ia belum selesai. Kehadiran kita bukanlah mengganggu, tetapi dengan sedikit empati; barangkali kita boleh ringkaskan sahaja tujuan kita berkunjung. Kalau nak ajak berbual panjang, mungkin mereka tak boleh fokus.​

dan.. begitulah kira-kira.. cuma penggunaan kata sahaja yang berbeza; apa yang saya dengar dan faham, dan apa yang saya cuba sampaikan semula dalam thread ni..

sekian, terima kaseh.
kwafelt​
..
 
Aceofspade

Forum Moderator
DFM Sub Moderator
LV
0
 
30 May 2021
6,502
36,691
Dragonforce Malaysia
DragonCoin
9,184,799.00
Bahasa gelas atau suhu minuman ketika ziarah.​

buat kalian; saya ijazahkan darihal sebuah kisah, ringkasan perbualan saya bersama ayah pada suatu petang. semoga ia bermanfaat kepada semua; terimalah, sebelum saya lupa.​

Kata ayah;

Bahasa gelas tu ada empat-macam. Jika ber-tamu ke-rumah orang; tak kira-lah minuman apa yg ter-hidang, suhu air tu membawa maksud yang berbeza.​

  1. Pertama. Jika minuman yang di-hidang panas, di-bancuh dengan air mendidih.

    Maksudnya, tuan rumah gembira dengan kehadiran kita, lagi-lagi jika mereka segera menjerang air ketika kita datang, barangkali kerana kepingin. Biasalah, apabila semakin dewasa, tanggungjawab bertambah; waktu untuk lepak-lepak semakin terhad. Jadi, inilah peluang pengubat rindu; minuman yang terhidang tu panas, hirup perlahan-lahan dan ber-hati-hati, nanti melecur lidah. Duduklah berlama-lama, sediakan topik ber-selang cerita; ada banyak yang nak di-kongsi-kan.​
  2. Kedua. minuman panas yang sedikit suam; masih hangat dan selesa di-lidah.

    Maksudnya, tuan rumah selesa kita datang ber-tandang. Duduklah sebentar, khabarkan maksud-mu hadir ber-kunjung; ber-balas kata sambung bicara, dengan perihal santai berbual mesra.​
  3. Ketiga. Minuman sejuk, cawan dingin atau bercampur ais.

    Maksudnya, tuan rumah mengalu-alukan kehadiran kita. tetapi kita perlu bersedia untuk berangkat pergi, kerana sebentar lagi ada tetamu yang lain. Jika kehadiran kita membawa maksud penting, selesaikan dahulu; kudap-kudapan kemudian :sneaky:. situasi ini biasa kita alami ketika kunjung-mengunjung di hari raya.​
  4. Keempat. Minuman ala kadar, apa yang ada sahaja.

    Maksudnya, tuan rumah sedang lakukan sesuatu ketika kita datang, dan ia belum selesai. Kehadiran kita bukanlah mengganggu, tetapi dengan sedikit empati; barangkali kita boleh ringkaskan sahaja tujuan kita berkunjung. Kalau nak ajak berbual panjang, mungkin mereka tak boleh fokus.​

dan.. begitulah kira-kira.. cuma penggunaan kata sahaja yang berbeza; apa yang saya dengar dan faham, dan apa yang saya cuba sampaikan semula dalam thread ni..

sekian, terima kaseh.
kwafelt​
..
Yap terima kasih , mmg org2 terdahulu menggunakan bermacam istilah utk menggambarkan keadaan ...
 
Genatjobs

DFM Hackers
DFM Hackers
LV
0
 
7 Jun 2021
352
5,963
DragonCoin
734,361.00
Tart Nenas
Ducati Panigale V4 R
Ulat Gonggok Gergasi

Assalamualaikum wbt bro @kwafeLt
tksh dgn perkongsian dan pengijazahan bahasa gelas..
🤩🤩🤩
teringat plak dolu2..
bila jiran pnggil tuk bertandang..
harum semerbak megi kari tetongah mlm..
dah bila bertandang..cisttt..somua hilang..
duk kek hostel..sadis tiada berpisah..
🤣🤣🤣
 
kwafeLt

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
9 Aug 2022
122
3,019
Lodging Mahfuzah
DragonCoin
507.00
Fire Red Dragon
Frost Dragon
Assalamualaikum wbt bro @kwafeLt
tksh dgn perkongsian dan pengijazahan bahasa gelas..
🤩🤩🤩
teringat plak dolu2..
bila jiran pnggil tuk bertandang..
harum semerbak megi kari tetongah mlm..
dah bila bertandang..cisttt..somua hilang..
duk kek hostel..sadis tiada berpisah..
🤣🤣🤣
wa'alaikumusalam.

biasalah;
Adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam..
 
Last edited:

Grimmy081

DFM Bawang Rangers
DFM Bawang Rangers
LV
0
 
5 Jun 2021
2,294
26,492
In your darkest nighmare
DragonCoin
9,366.00
Tart Nenas
Dragon Nest (드래곤네스트)
Eagle
Black Dragon
Rawr The Fat Tiger
Ancient Piranha
Kalau bujang melawat rumah bujang

1st person " Oi air mano! "
2nd person ( tuan rumah) " kek peti ice g ambik sendiri "
1st " {buat air milo ice}..... "
2nd " oi secawan jek ke buat "
1st " buat ar sendiri "
😂😂😂😂😂
 
  • Haha
Reactions: Genatjobs