Alert [EDARAN SEGERA] KENYATAAN PENAFIAN ADMIN DRAGONFORCE MALAYSIA: PENYAMARAN DAN PENIPUAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

This prefix use to attract extra attention from user

dfm header.png

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
KENYATAAN PENAFIAN ADMIN DRAGONFORCE MALAYSIA: PENYAMARAN DAN PENIPUAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Berdasarkan perkara di atas, suka cita ingin dimaklumkan dengan penegasan berhemah bahawa para Pentadbir DragonForce Malaysia (DFM Admin) tidak pernah sesekali bersekongkol atau membahayakan diri sendiri dengan mendedahkan identiti perorangan daripada kalangan kami sendiri kepada orang awam. Selain itu, ingin juga ditegaskan bahawa pihak pentadbir DFM yang berstatus RASMI tidak pernah dan tidak akan sesekali memberikan khidmat penggodaman kepada orang awam dan menawarkan sesuatu yang bersifat peribadi. Para pentadbir DFM telah bersepakat bahawa sebarang usaha untuk memperdaya, menggunakan nama dengan tujuan penipuan, penyamaran menggunakan nama kami secara individu mahupun kolektif, ianya adalah satu tindakan kurang bijak dan hanya akan menjerat diri serta menimbulkan kegusaran orang ramai.

Sehubungan dengan itu, kenyataan ini dikeluarkan secara edaran terbuka khas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang sedang cuba untuk memperdaya menggunakan nama DFM, baik secara individu atau kumpulan. Tindakan susulan mungkin akan diambil menerusi risikan dan pengumpulan data. Justeru, orang ramai diharap tidak tepedaya dengan mana-mana individu yang mengaku bahawa mereka adalah anggota rasmi DFM.

Susulan daripada aktiviti yang giat aktif dijalankan oleh mereka yang menggunakan nama kami dengan cubaan untuk memperdaya, menyamar dan lain-lain aktiviti tidak sah, para pentadbir bersetuju untuk tidak berkompromi dan berdiam diri. Maka, tindakan balas seperti penyenaraian maklumat peribadi, pengumpulan data segala hal yang berkaitan dengan aktiviti tersebut akan didedahkan kepada umum melalui laman forum rasmi DFM dan media sosial rasmi kami.

Sekali lagi ditegaskan dan ditekankan peringatan mesra, barisan Core Admin DFM menafikan sekeras-kerasnya penglibatan atau penyamaran individu yang menggunakan nama kami tidak kira sama ada untuk tujuan baik mahupun buruk. Jadilah diri sendiri yang memberikan nilai tambah dan kebaikan buat bangsa, agama dan negara. Pihak kami juga TIDAK AKAN sesekali mendedahkan identiti dan rancangan SULIT kepada orang luar. Segala tindakan yang dilakukan daripada pihak kami disertakan bersekali dengan tujuan yang memihak kepada agama, bangsa dan negara tanpa prejudis kepada sesiapa sahaja dan tanpa sebarang hasil keuntungan melainkan untuk ibu pertiwi. Hatta kenalan, ahli keluarga, orang terdekat dan orang tersayang tidak mengenali para Pentadbir/Admin sendiri. Justeru, penyalahgunaan nama, logo, identiti kami di mana sahaja akan diawasi dan diberikan peringatan tegas, bukan peringatan mesra supaya kejadian tidak berulang. Mewakili seluruh barisan Core Admin DFM, kami bersepakat untuk membanteras aktiviti yang tidak bermoral seperti yang dinyatakan dalam perenggan-perengan di atas secara tuntas. Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti yang tidak sah dilakukan oleh sesiapa sahaja menggunakan nama kami dan tidak endahkan teguran baik, sila laporkan kepada mana-mana sahaja pentadbir yang berada di sini.

Mudah-mudahan, usaha yang baik akan diberkati dan diberikan ganjaran pahala besar buat mereka yang berjuang secara benar dan berada di jalan yang lurus. Hidup ini penuh liku dan cabaran, jalan terus jangan segan!

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.
Edaran terkini: 5 FEBRUARI 2023
EDISI SATU​
 
Nai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
18 Jan 2022
51
128
DragonCoin
16,164.23
Ancient Dragon
Fire Red Dragon
Oyen The Arrogant Cat
Charlie Dame...
White Cat The MadCat
Angry Lion

Nice ilmunya Terima kasih tuan ;)
 
  • Like
Reactions: Rainbow