Information Enam tahanan warga Palestin berjaya meloloskan diri dari penjara Israhell

Show informational about something

GadisWhiteHat

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
4 Jun 2021
980
2,800
DragonCoin
4,040.00
E-lLSx-XEAQEgFR-1024x498.jpeg 1195373.jpg

1195374.jpg 6-tahanan-palestin-lari-guna-sudu-854x1024.png

Saya tertarik dengan berita ini, mengingatkan saya pada satu movie lama bertajuk Shawshank Redemption (1994) yang mengisahkan tentang beberapa tahanan yang berjaya melarikan diri melalui terowong bawah tanah yang mereka buat

Berbalik kepada berita ini, 6 orang tahanan warga Palestin berjaya meloloskan diri pada isnin, 1.30pagi (waktu tempatan) dari penjara Gilboa, Israhell. Tahanan berjaya melarikan diri dengan menggali lubang dari lantai sel penjara sehingga ke luar tembok. Lima tahanan tersebut merupakan anggota Jihad Islam dan seorang lagi merupakan bekas komander Briged Syahid Al-Aqsa.

Sementara itu portal berita Ynet melaporkan, kehilangan keenam-enam tahanan terbabit hanya disedari pegawai penjara kira-kira tiga jam selepas mereka bertindak meloloskan diri. Susulan itu, operasi besar-besaran digerakkan di Tebing Barat untuk mengesan enam individu berkenaan.

Terbaharu, Israhell telah menahan sekurang-kurangnya 6 anggota keluarga tahanan yang melarikan diri. "Menahan seseorang untuk memaksa saudara melakukan sesuatu adalah taktik gaya mafia," Omar Shakir, pengarah Israhell dan Palestin untuk Human Rights Watch, hari ini.


 
Last edited: