Facebook MCMC Diserang Netizen Kerana 'Post' Tip Rangkaian Bermasalah

Wicther

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
16 Jun 2021
1,486
5,206
21
DragonCoin
5,660.00
Sejak 2 hari lalu, akaun Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dihujani dengan komen-komen negatif warganet selepas mereka berkongsikan satu tip peranti kepada pengguna.

Tip tersebut berkaitan dengan cara mengatasi masalah rangkaian.

Tip Kawalan Kendiri CFM
"Restart" peranti anda terlebih dahulu sekiranya anda mengalami masalah rangkaian.

tips-cfm.jpg
Kapsyen: Kredit: MCMC

Ekoran perkongsian itu, netizen telah melemparkan komen-komen negatif kepada pihak MCMC.

Antara komen negatif yang diberikan adalah "Restart sampai koma pun tak berbaloi selagi talian 4G masih ke laut...kasihan pengguna, tambahan penduduk yg berada di pendalaman.....mereka pakai talian bayar tunai bukan hutang, tapi tiada kesempurnaan ibarat talian kayangan sepertimana diiklankan." Tulis seorang pengguna.

"Telefon jugak yg kena fitnah sbb x restart" komen seorang lagi pengguna di ruang komen Facebook MCMC.

Sebelum ini, saudara Meor Hasyim dari Wiser telah pun menerangkan mengapa anda perlu hidupkan semula (restart) telefon pintar.

Beliau menerangkan, restart telefon pintar adalah penting bagi memastikan prestasi telefon pintar kekal lancar dan beroperasi pada tahap terbaiknya.

Ini kerana dengan melakukan proses restart, ia akan mengembalikan semula memori peranti, mengelakkan sistem operasi peranti pintar tergantung (hang), peranti beroperasi lebih lancar serta berupaya memanjangkan jangka hayat bateri peranti pintar anda.

Berkenaan dengan berapa kali pula peranti pintar perlu di restart, tiada aras piawaian yang ditetapkan berapa kali anda perlu lakukannya kerana telefon pintar digunakan setiap hari dan 'tanpa henti'.

Namun sebagai norma, anda digalakkan untuk menghidupkan semula telefon pintar anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Wiser
 
Jaring

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
28 Jun 2021
1
17
DragonCoin
2,010.00
Ulat Gonggok Gergasi
Angry Lion
Mac OS
iOS
Microsoft Windows
Android

Cara paling mudah jangan on Telefon ...in shaa allah tiada lagi masalah rangkaian ☺️