Assalamualaikum,
Q&A di bawah ini selalu ditanya di forum. Apa-apa perlu ditambah boleh komen di bawah min akan cuba jawab.
Thanks to CC: @thearchitect
Q: Macam mana nak hack Facebook/IG/Twitter/Gmail?
A: Kalau anda terlupa password akaun sendiri, boleh try reset password sampai jadi. kalau nombor telefon dah mati, try SMS/WhatsApp nombor telefon tu untuk sahkan yang anda ialah owner akaun (dapatkan security code dan sebagainya).
Sekiranya nombor tu masih tiada pemilik, boleh try beli nombor tu (tak pasti boleh atau tidak, tapi ada orang pernah cadangkan benda ni). Bila beli nombor tu, kena langgan postpaid la
Untuk menggodam social media pelbagai cara boleh digunakan, tetapi cara paling mudah ialah phishing dan bruteforce, untuk cara paling advanced boleh disemak di forum DFM. boleh baca di thread.
Q: Macam mana nak install (Kali) Linux?
A: Kali Linux ialah distro pentester yang kerap digunakan di dalam Linux, sebenarnya pelbagai lagi distro yang boleh digunakan selain Kali Linux. untuk baru belajar min suggest korang masuk kelas PARC dah belajar basic Linux CLI/GNU. boleh baca thread di
How to Install Kali Linux 2020.1b in VirtualBox on Windows 10 - YouTube
Q: Saya masih beginner, apa programming language yang patut saya belajar?
A:
- Python: mudah untuk ditulis dan difahami. Cari tutorial di YouTube.
- PHP: mudah jugak, tapi lebih khusus untuk buat website.
- JavaScript/JS: penulisannya mudah, tetapi ada beberapa konsep yang berpotensi untuk mengelirukan beginner. tapi jangan takut. JS boleh digunakan untuk membuat banyak benda contohnya website, mobile apps, command line applications, desktop applications, dan sebagainya. Untunglah mereka yang mahir JS.
Pendapat saya, elakkan:
- C: susah
- C++: susah
- Java: tak susah bagi saya, tapi sintaksnya agak menakutkan bagi beginner.
- Mana-mana bahasa yang tak popular
Kalau anda memang komited dan berani untuk menyahut cabaran, boleh cuba bahasa yang saya suruh elak ni. Besar habuannya
Q: Macam mana nak belajar programming?
A: Sama macam nak belajar apa-apa pun. Kuncinya ialah kena konsisten. Jangan cram semua bahan dalam satu masa. Belajar sikit-sikit tetapi kerap. Banyakkan buat praktikal. Jangan baca je pastu tak praktis. Boleh try berlatih di https://www.codewars.com/ ataupun https://codingbat.com/java
Jangan takut dan gelabah apabila code tak jalan. Belajar untuk baca error yang interpreter/compiler berikan. Kalau sangkut jugak, malu bertanya sesat jalan.
Cara percuma:
- Cari tutorial di youtube (saya cadangkan language Python sebab senang)
- Cari PDF/online course percuma ataupun versi cetak rompak (torrent)
- Rujuk website rasmi programming language yang anda nak belajar, biasanya ada guide/tutorial.
- Cari di Google menggunakan keyword yang tepat. Kalau tak tahu nak search apa sila tanya dan mintak keyword.
Cara berbayar:
- Beli buku fizikal/PDF
- Cari kelas/kursus programming
- Beli online course (saya tak nak cadangkan mana2 sebab saya sendiri tak pernah habis tengok online course ni)
Sebelum belajar programming, cuba tengok dahulu position/develop mana kita yang minat. seperti frontend, backend atau software engineering. senang cerita pilih dahulu nak app dev, webdev, software dev dan bermacam lagi. boleh baca thread berkaitan di -:
Q: Boleh ke hack guna telefon/laptop/PC/Macbook?
A: Boleh kalau anda reti. Kalau tak reti, belajarlah.
Q: Macam mana nak belajar hacking/ceburi bidang cybersecurity?
A: dragonforce.io
Informational - Bermulanya disini! [Macam mana nak start belajar hacking?]
update:2021-06-12,Akan di update jika terdapat tutorials yang lebih baik. Link: Part 1 part 2 part 3 part 4 part 5 Extra Permulaan ke bidang IT ini bukanlah suatu jalan yang mudah, Ia memerlukan komitmen , masa , penggunaan duit dan lain2. Tujuan kami (Komuniti EliteGhost) cuma untuk...
dragonforce.io dragonforce.io
Q: Macam mana nak deface?
A: Deface ini ialah satu bahagian yang kecil dalam hacking, iaitu anda hanya perlu edit/cipta file di dalam server/website tersebut dan gantikan kandungannya dengan kod HTML deface anda. Biasanya deface ni ialah benda terakhir yang orang akan lakukan. Persoalannya ialah, apakah langkah untuk mendapatkan akses untuk edit/create file di sesebuah server/website? Belajarlah hacking/programming dan anda akan dapat jawapannya
Boleh refer jawapan bagi soalan di atas
Q: Perlu ke belajar programming kalau nak jadi hacker?
A: Perlu kalau nak naik taraf diri dari seorang script kiddie menjadi seorang 31337. Sampai bila nak menagih exploit dan menggunakan script yang dibuat oleh orang lain? Tak payah belajar benda pelik2 sangat. Mulakan dengan basic programming/scripting, konsep HTTP (sebab aku tau korang hanya nak deface website, kan?), asas networking seperti IP address, port, TCP/IP
Seorang hacker yang mahir programming akan mahir untuk membaca dan menganalisis code. Seterusnya dapat mencari kelemahan dalam sesuatu sistem/aplikasi. Selain tu, boleh jugak tulis kod exploit kalau mahir programming.
keseluruhan admin dragonforce mengetahui programming.
Does Hacking Require Programming Skills? - YouTube
Is Programming Necessary for Hacking? - YouTube
Q: Macam mana nak guna termux?
A: Termux ialah sebuah terminal emulator. maka, belajarlah cara untuk menggunakan sebuah terminal.
Full Termux Tutorial | How To Use Termux | Termux Tutorial For Beginners
Beginner's Guide to the Bash Terminal
Sebelum menggunakan termux, anda semua boleh belajar asas linux dahulu, semua command yang digunakan di termux hampir sama di distro
Thread ini simple setup -: linux yang lain. https://dragonforce.io/threads/cara-setup-termux-pada-android.1563/#post-11811
Q: Boleh hack guna termux?
A: Termux ialah application di android dan berbasis linux cli. ya boleh sahaja kita mengodam menggunakan termux. bukan mengodam sahaja, banyak lagi kegunaan yang boleh digunakan di termux.
TLDR: Boleh kalau anda reti.
Q: Boleh ke kerja bidang IT kalau background education kita lain/tiada?
A: Pendapat aku (based on experience):
Tidak mustahil, cuma agak susah sikit kerana majikan di Malaysia lebih prefer mereka yang ada sijil (diploma/degree/SKM dan sebagainya) lebih-lebih lagi sijil yang berkaitan. Ada sahaja majikan yang tengok kemahiran berbanding sijil, tapi kena pandai cari la. Malah, ramai je pekerja bidang IT di Malaysia ni yang asalnya belajar dalam bidang lain seperti kejuruteraan, sains tulen, dan sebagainya.
Nasihat saya, belajar programming bermula dengan programming language yang mudah seperti PHP dan Python. Kemudian, buat projek kecil-kecilan seperti sistem dan game yang mudah. Seterusnya, bina sebuah portfolio. Jangan lupa untuk ambil bahagian dalam mana-mana komuniti IT (banyak di Facebook whether you like it or not).
Buat akaun GitHub, upload code anda di situ supaya orang lain boleh nampak hasil kerja anda. Jangan malu untuk mintak nasihat daripada pakar-pakar yang lain, dalam setahun dua mungkin boleh dapat kerja dalam bidang IT.
Sebahagian ahli DragonForce Malaysia tiada background education dalam bidang IT. boleh sahaja bekerja janji ada usaha untuk belajar dan terus belajar position apa yang kita minat. cuba amik cert dan training. Setiap usaha pasti ada hasilnya. Jangan menyerah sahaja.
Last edited by a moderator: