Firma Israel didakwa bekal perisian intip

tectwadesign

DFM GFX Team
DFM GFX Team
LV
0
 
5 Jun 2021
43
117
DragonCoin
7,558.00
July 19, 2021 @ 7:41am
WASHINGTON: Sebuah firma Israel didakwa membekalkan perisian intip kepada kerajaan bagi menggodam lebih 50,000 nombor telefon pintar di serata dunia.
Difahamkan, ia membabitkan nombor aktivis, wartawan, eksekutif perniagaan dan ahli politik di seluruh dunia, menurut satu laporan semalam.
Kumpulan NSO Israel dan dan perisiannya yang dikenali sebagai Pegasus menjadi perhatian sejak 2016 apabila penyelidik menuduh firma itu membantu pengintipan pembangkang di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pendedahan yang dibuat semalam, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kerahsiaan peribadi dan hak serta tindakan 'keterlaluan' syarikat perisian Israel yang kemungkinan khidmatnya digunakan oleh pelanggan antarabangsa.
Pendedahan mengenai perisian Pegasus dilaporkan oleh agensi berita The Washington Post, The Guardian, Le Monde dan beberapa media lain yang bekerjasama bagi menyiasat ketirisan data berkenaan.
Antara lain, ia mendedahkan satu senarai mengandungi lebih 50,000 nombor telefon pintar, dipercayai kepunyaan orang berkepentingan, yang diserahkan kepada pelanggan NSO sejak 2016, menurut laporan media berkenaan.
Menurut The Washington Post, senarai itu dikongsi kepada beberapa pertubuhan berita oleh Forbidden Stories iaitu pertubuhan kewartawanan tidak berasaskan keuntungan yang berpusat di Paris dan Amnesty International.
Akhbar itu melaporkan jumlah nombor telefon dalam senarai berkenaan tidak diketahui dan tidak pasti tujuan sebenarnya.
Memetik laporan The Washington Post, lokasi pemilik 15,000 nombor dalam senarai itu berada di Mexico termasuk dalam kalangan ahli politik, wakil kesatuan, wartawan dan pengkritik kerajaan.
Senarai itu turut mengandungi nombor beberapa wartawan bebas termasuk seorang dari Mexico, yang dibunuh di pusat mencuci kereta tetapi telefonnya tidak pernah ditemukan dan tidak jelas sama ada peranti itu digodam.
Laman sesawang penyiasatan India, The Wire pula melaporkan 300 nombor telefon yang tersenarai digunakan di India termasuk milik menteri kerajaan, ahli politik pembangkang, wartawan, saintis dan aktivis hak asasi.
Menurut The Washington Post, berdasarkan analisis forensik terhadap 37 telefon pintar dalam senarai itu, peranti itu pernah dicuba dan berjaya digodam termasuk yang dimiliki oleh dua wanita rapat dengan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, yang dibunuh pada 2018.
The Washington Post mendakwa nombor telefon bimbit lebih 1,000 orang di lebih 50 negara terkandung dalam senarai berkenaan.
Ia termasuk beberapa kerabat diraja Arab Saudi, sekurang-kurangnya 65 eksekutif perniagaan, 85 aktivis hak asasi manusia, 189 wartawan dan lebih 600 ahli politik serta pegawai kerajaan termasuk ketua menteri, perdana menteri dan menteri kabinet.
Kebanyakannya membabitkan individu di Azerbaijan, Bahrain, Hungary, India, Kazakhstan, Mexico, Maghribi, Rwanda, Arab Saudi dan UAE. - AFP
Diasaskan pada 2010 oleh warga Israel, Shalev Hulio dan Omri Lavie, Kumpulan NSO berpangkalan di hab teknologi tinggi Israel, Herzliya, dekat Tel Aviv serta menggaji ratusan kakitangan di Israel dan serata dunia. - AFP

https://www.bharian.com.my/amp/duni...895/firma-israel-didakwa-bekal-perisian-intip
 

thearchitect

DFM Guru
DFM Guru
LV
0
 
5 Jun 2021
315
2,026
DragonCoin
13,238.00
Ulat Gonggok Gergasi
Apple Macbook Pro 13
Apple iPhone 13 Pro
Thinkpad x1
Israel ni berapa banyak company spyware la dia ada. Selain NSO, aku rasa dulu2 ada company lain jugak. Tak ingat nama, bila search keluar NSO je sebab tengah panas sekarang.
 
  • Like
Reactions: tectwadesign

Enciksaupi

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
5 Jun 2021
574
639
Mafia Security Cyber
mafiasecurity.com.my
DragonCoin
6,015.00
July 19, 2021 @ 7:41am
WASHINGTON: Sebuah firma Israel didakwa membekalkan perisian intip kepada kerajaan bagi menggodam lebih 50,000 nombor telefon pintar di serata dunia.
Difahamkan, ia membabitkan nombor aktivis, wartawan, eksekutif perniagaan dan ahli politik di seluruh dunia, menurut satu laporan semalam.
Kumpulan NSO Israel dan dan perisiannya yang dikenali sebagai Pegasus menjadi perhatian sejak 2016 apabila penyelidik menuduh firma itu membantu pengintipan pembangkang di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pendedahan yang dibuat semalam, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kerahsiaan peribadi dan hak serta tindakan 'keterlaluan' syarikat perisian Israel yang kemungkinan khidmatnya digunakan oleh pelanggan antarabangsa.
Pendedahan mengenai perisian Pegasus dilaporkan oleh agensi berita The Washington Post, The Guardian, Le Monde dan beberapa media lain yang bekerjasama bagi menyiasat ketirisan data berkenaan.
Antara lain, ia mendedahkan satu senarai mengandungi lebih 50,000 nombor telefon pintar, dipercayai kepunyaan orang berkepentingan, yang diserahkan kepada pelanggan NSO sejak 2016, menurut laporan media berkenaan.
Menurut The Washington Post, senarai itu dikongsi kepada beberapa pertubuhan berita oleh Forbidden Stories iaitu pertubuhan kewartawanan tidak berasaskan keuntungan yang berpusat di Paris dan Amnesty International.
Akhbar itu melaporkan jumlah nombor telefon dalam senarai berkenaan tidak diketahui dan tidak pasti tujuan sebenarnya.
Memetik laporan The Washington Post, lokasi pemilik 15,000 nombor dalam senarai itu berada di Mexico termasuk dalam kalangan ahli politik, wakil kesatuan, wartawan dan pengkritik kerajaan.
Senarai itu turut mengandungi nombor beberapa wartawan bebas termasuk seorang dari Mexico, yang dibunuh di pusat mencuci kereta tetapi telefonnya tidak pernah ditemukan dan tidak jelas sama ada peranti itu digodam.
Laman sesawang penyiasatan India, The Wire pula melaporkan 300 nombor telefon yang tersenarai digunakan di India termasuk milik menteri kerajaan, ahli politik pembangkang, wartawan, saintis dan aktivis hak asasi.
Menurut The Washington Post, berdasarkan analisis forensik terhadap 37 telefon pintar dalam senarai itu, peranti itu pernah dicuba dan berjaya digodam termasuk yang dimiliki oleh dua wanita rapat dengan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, yang dibunuh pada 2018.
The Washington Post mendakwa nombor telefon bimbit lebih 1,000 orang di lebih 50 negara terkandung dalam senarai berkenaan.
Ia termasuk beberapa kerabat diraja Arab Saudi, sekurang-kurangnya 65 eksekutif perniagaan, 85 aktivis hak asasi manusia, 189 wartawan dan lebih 600 ahli politik serta pegawai kerajaan termasuk ketua menteri, perdana menteri dan menteri kabinet.
Kebanyakannya membabitkan individu di Azerbaijan, Bahrain, Hungary, India, Kazakhstan, Mexico, Maghribi, Rwanda, Arab Saudi dan UAE. - AFP
Diasaskan pada 2010 oleh warga Israel, Shalev Hulio dan Omri Lavie, Kumpulan NSO berpangkalan di hab teknologi tinggi Israel, Herzliya, dekat Tel Aviv serta menggaji ratusan kakitangan di Israel dan serata dunia. - AFP

https://www.bharian.com.my/amp/duni...895/firma-israel-didakwa-bekal-perisian-intip
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

(Al-Israa' 17:4)
 
  • Like
Reactions: tectwadesign