IG scammer pishing

Lyna

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
28 Dec 2021
3
18
DragonCoin
4,463.00
Maaf, ada sesiapa tahu cara hendak dapatkan semula akaun Instagram yang telah dihack? Caranya berpunca daripada saya dengan mudahnya terkena pishing daripada seorang scammer dari Nigeria. Kononnya dia menawarkan iphone free saja dan saya mempercayainya. I'm too naive. Saya mula ikut kata-kata dia melalui WhatsApp chatting sebab sudah terpancing dengan pihsingnya.

Cara dia hack akaun saya adalah dengan melalui saya sendiri iaitu suruh saya isi dan tukar e-mail asal saya, kepada e-mail dia dekat IG. Setelah itu baru saya sedar bahawa akaun Instagram saya tidak boleh dibuka lagi. Kata scammer, saya perlu bayar RM 250 dahulu baru boleh dapat code verification untuk buka semula akaun Instagram saya.

Kejadian ini berlaku semalam. Bila saya perhatikan IG pertama melalui IG kedua, scammer masih tidak menyentuh apa-apa dalam akaun tersebut seperti menukar username, delete post lukisan anime dan sebagainya. Saya telah cuba banyak cara seperti yang pihak Instagram beritahu dan suruh. Masih tidak membuahkan hasil. Nasi sudah menjadi bubur. Bolehkah saya dapatkan semula akaun Instagram anime art saya? Bagaimana caranya? Saya harap awak semua dapat membantu. 🙏🏼