Information Inventori Minat Kerjaya

Show informational about something

Anniehwehwe

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
11 Jun 2021
349
5,714
reptile addicts
twitter.com
DragonCoin
2,009.00
Black Dragon
Fire Red Dragon
Frost Dragon
Ancient Dragon
Rawr The Fat Tiger
Small PO The Panda
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakyat jelata dalam kerajaan DFM (cehhh) okay harini saya nak share IMK atau Inventori Minat Kerjaya yg selalu dijalankan oleh pihak kaunseling sekolah supaya kita lebih tau kemana arah kita minat dalam sesuatu kerjaya. Dalam IMK, ada 6 jenis minat dan ciri-ciri yg berbeza dan kerjaya yg sesuai utk rutin, sifat dan tahap cabaran kita.

1. Artistik - A

Seorang yang kreatif dan berinovatif. Selalunya orang macam ni ada kebolehan dalam intuisi dan suka bekerja dalam situasi tidak/kurang berstruktur. Diorang jugak x suka kerja berulang-ulang atau kerja yg ada rutin. Imaginasi orang artistik selalunya tinggi dan selalu guna dalam kreativiti

contoh kerjaya: Penyair, pelukis, juruteknik pelukis komputer (macam korang)

2. Realistik - R

Orang macam ni biasanya mahir kerja mekanikal atau elektrik. Yg ni jugak suka berkerja dgn objek, haiwan, mesin, tumbuhan dan peralatan yg khusus. Diorang ni lebih berkerja di luar bangunan berbanding minat yg lain.

contoh kerjaya: mekanik, penternak, atlet

3. Investigatif - I

Yg ini selalunya fokus dlm penyelidikan di mana mereka akan membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah sesuatu perkara. Orang invetigatif ni lebih cenderung kepada sains dan matematik serta kerjaya bercorak teknikal

Contoh kerjaya: ahli sains, ahli forensik, doktor

4. Sosial - S

Yg jenis peramah suka la ni. Mereka ni bekerja sambil berinteraksi dgn orang. Minat dalam memberitahu, menolong, melatih, mengubati dan membuat kerja kebajikan. Orang macam ni suka approach org dgn kata-kata serta mahir dalam berkomunikasi dgn org lain

contoh kerjaya: cikgu, ahli psikologi, pakar perunding

5. Enterprising - E

Cara bekerja dia macam sosial tadi tapi lain ckit. Ada kemahiran dlm memimpin, mengarah, mempengaruhi dan mengurus individu lain/ org bawahan. Selalunya org macam ni pandai memanipulasi org lain.

contoh kerjaya: Ahli politik, peguam, usahawan

6. Conventional - C

Suka bekerja dgn data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dlm menggunakan nombor. Selalu akur, membuat sesuatu perkara dgn terperinci dan mengikut arahan.

Contoh kerjaya: pengendali komputer, setiausaha, kerani bank

Jadi kenapa wujudnya IMK ni?

Selalunya digunakan dlm kemasukan sekolah ii khas utk ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Bila dia tgk IMK, cikgu ii akan faham kita sesuai dgn stream/aliran yg kita boleh masuk. Bak kata org, org lain nampak potensi kita lebih kita kenal diri sendiri (kalo salah, bagitau). Jadi erti kata lain, result IMK tu backup utk stream yg kita minat.

jadi itu sahaja perkongsian saya pada harini, sekian. Terima kasih.
 
  • Like
  • Wow
Reactions: FwzNk and Wicther

Wicther

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
16 Jun 2021
1,485
5,204
21
DragonCoin
5,650.00

Haha teringat Zaman sekolah dulu biasa ada orang motivasi datang ke biasa adakan ni huhu tak silap dapat kategori no 3 tu yang lain tak ingat