Information KEDATANGAN AHLUL BAIT!!!

Show informational about something

TIGERRED

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
21 Oct 2021
54
901
My Past
DragonCoin
79,778.00
Cyberpunk 2077
Black Dragon
Frost Dragon
Ancient Dragon
DJI Mavic Pro
Rawr The Fat Tiger
Assalammualaikum WBT tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.

Berhubung dengan judul di atas, kedatangan AHLUL BAIT dan siapakah beliau?

Ahlul Bait adalah seorang lelaki berbangsa ARAB yang berketurunan Nabi MUHAMMAD S.A.W yang akan muncul pada akhir zaman bersanadkan hadis-hadis riwayat kepada 40 sahabat Rasulullah S.A.W. Ahlul Bait yang dimaksudkan adalah Muhammad bin Abdillah dari zuriat al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib R.A. Beliau adalah IMAM MAHDI yang bakal menegakkan kebenaran di muka bumi, saat bumi telah tersebar luasnya kehancuran dan tersebarnya fitnah Dajjal. IMAM MAHDI akan dibaiahkan saat umurnya diantara 30 hingga 40 tahun sebagai pemimpin. Dan dibaiahkan di depan Kaabah diantara Makan Nabi Ibrahim A.S yang disaksikan oleh 313 Para Ulama dari negeri SYAM. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan selama diantara 7 hingga 9 tahun mengikut riwayat dan tafsiran hadis-hadis dan sanadnya.

Berikut merupakan petikan hadis yg diriwayatkan NABI MUHAMMAD S.A.W:

"Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun." (Hadis Riwayat Abu Daud)

"Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki dari kalangan ahli baitku yang namanya bersamaan dengan namaku." (
Hadis Riwayat al-Tirmizi)

"Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari, nescaya ALLAH SWT akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah ALLAH mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalanganku,(ahlul bait) namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia(bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman"(
Hadis Riwayat Abu Daud).

Sumber : USIM






Maaf thread pertama saya tidak berkaitan dengan dunia IT, jika ada salah silap itu adalah dari diri saya sendiri. Sekian dan mohon tunjuk ajar.