Resipi Kek Keju Strawberi

Prefix untuk segala resipi dan juadah makanan atau minuman

whitefox

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
11 Apr 2022
8
26
EYES OF HEAVEN
DragonCoin
4,750.00
LAPISAN BAWAH:
1 keping kek red velvet 22sm

BAHAN ANTI:
10 biji strawberi - didadu
500gm krim keju
1 1/2 sudu besar serbuk gelatin
45ml air
130gm gula kastor
100ml susu cair - disejukkan

CARA MEMBUAT:
1. alas dasar loyang springform 22sm dengan kek.
2. letak air dalam mangkuk kecil(tahan panas). Taburkan serbuk gelatin dan biar selama 5 minit.
3. kemudian letak mangkuk tersebut ke dalam periuk air mendidih perlahan sambil kacau hingga gelatin larut. Angkat dan biar suam.
4. sementara itu,pukul krim keju hingga lembut dan halus. Bubuh gula kastor dan putar lagi hingga gebu.
5. tuang susu cair dan pukul sebati. Campurkan gelatin dan pukul lagi.
6. ratakan 1/3 adunan krim keju di atas kek. Taburkan strawberi kemudian ratakan adunan krim keju supaya menutupinya.
7. tutup kemas dan simpan dalam peti sejuk selama 5 ke 6 jam atau hingga keras

*selamat mencuba
 

Attachments

  • Kek Keju Strawberi-Chilled.jpg
    Kek Keju Strawberi-Chilled.jpg
    64.1 KB · Views: 1