Assalammualaikum dan Selamat Petang Semua
Harini Saya Beri Sedikit Perkongsian Ringkas Untuk Semua
Harini Saya Beri Sedikit Perkongsian Ringkas Untuk Semua
"ala, aku ni mulut je jahat, tapi hati baik."
Korang mesti pernah dengarkan orang cakap macam ni,
Ni aku nak share sikit apa yang pernah aku dengar dari seorang ustaz.. Dia cerita "zaman Nabi dulu, ada seorang wanita solehah yang terkenal dengan solat, puasa, dan sedekah. Tapi Nabi Kata dia adalah ahli neraka"
Korang tahu sebab apa?
Dan kenapa solatnya, puasanya, dan sedekahnya tidak berjaya memasukkan dia dalam syurga?
"kerana ia menyakiti orang lain dengan lidah"
Hanya kerana lidah yang suka mengutuk dan mencaci orang lain menjadi asbab masuk neraka. Itu belom sembang bab mengumpat lagi.
So, istilah mulut jahat hati baik dah tak boleh diterima pakai lagi.
Hati-hati bila berbicara..Jangan sampai menyinggung dan menyakiti hati perasaan orang lain.
Muhasabah diri.
Peringatan utk diri sendiri juga