Kes UC TRAVEL [DENDA BY FALCON98]

Khailx

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
8 May 2022
9
46
DragonCoin
6,305,447.00
Sedih melihat sebanyak 400 jemaah haji yang terpaksa untuk melupakan impian mereka untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini,mereka semua telah di tipu oleh pihak travel dan terkandas di KLIA kerana tidak memperoleh visa Faruda untuk mengerjakan haji.
Untuk makluman,UC TRAVEL SDN BHD bukan syarikat diiktirafkan oleh Tabung haji sebagai Pengelola Jemaah Haji(PJH) untuk tahun ini.Maknanya mereka tidak dibenarkan menawarkan sebarang iklan pakej haji kepada orang ramai.
Dan sebanyak 400 orang terpaksa berputih mata kerana wang telah membayar berpuluhan ribu untuk menunaikan ibadah haji tetapi gagal kerana tidak memperoleh visa Faruda.
Sebenarnya visa Faruda ini wujud dan bersifat saat-saat akhir.Tetapi untuk mengiklankan pakej haji perlu lah melalui Tabung Haji sahaja.Jika orang ramai tidak peka dengan hal ini,ia akan berulang setiap tahun dan lebih banyak orang akan tertipu.
Jika pihak berwajib tidak ambil tindakan ke atas syarikat yang tidak iktiraf yang menawarkan pakej haji
dengan visa Faruda,maka setiap tahun kes ini akan berlaku supaya isu seperti ini tidak berlaku lagi dan tidak menjadi acara tahunan.
Benar,tak semua syarikat berniat untuk menipu jemaah dan kebanyakan syarikat akan memulangkan semula wang jemaah yang tidak memperoleh visa walaupun lambat,Namun salah tetap salah.
Salah kerana kalian tidak mempunyai kebenaran untuk mengiklankan dan menawarkan pakej haji kepada orang ramai.