Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga komuniti DFM dan seluruh rakyat Malaysia.
Selaras dengan perkembangan semasa kini, agak sukar untuk kita saling bertemu secara fizikal disebabkan oleh kekangan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, forum ini menyatukan kita semua sebagai rakyat Malaysia terutamanya dan juga rakan-rakan dari negara lain tanpa mengira latar belakang. Sesuai dengan tuntutan agama, kesederhanaan dalam kehidupan adalah sangat digalakkan. Dalam kita mengejar duniawi janganlah dilupa akan ukhrawi. Salinglah berpesan dan mengingatkan antara kita semua. Kejarlah ilmu, kejarlah akhirat.
Allah SWT berfirman: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat"
(Surah al-Mujadalah ayat 11)
dan
sabda Nabi SAW: "Siapa yang mengehendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Siapa yang mengehendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan siapa yang mengehendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan ilmu"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Sehubungan itu, pihak pengurusan DragonForce Malaysia ingin mengajak dan menjemput semua warga komuniti DFM dan rakyat Malaysia untuk sama-sama mengimarahkan Majlis Bacaan Surah Yaasin DFM yang akan dianjurkan secara maya. Sampaikanlah ilmu walau sepotong ayat. Seperti kata pepatah, 'Man jadda wajada' dengan makna 'Sesiapa yang berusaha, akan mendapat apa yang diusahakannya'. Maka, carilah sedikit ruang untuk menghadirkan diri di majlis ini.
Hari : Khamis malam Jumaat
Tarikh : 03/10/2024
Masa : 09.00 malam
Diketuai oleh Admin Mattajb
Link : https://t.me/iRadioDFM
Dengan rendah hati, kami berharap agar usaha dan niat yang kecil ini diterima oleh Allah S.W.T sebagai amalan baik dan mendapat reda kurniaan pahala. Imbangilah antara dunia dan akhirat, dunia hanya satu pertiga sahaja, dan dua pertiga lagi buat akhirat kita. Akhir kalam, segala yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kami sendiri.
Sekian, wassalamu.
“Belilah akhiratmu dengan duniamu.”