Announcement Maklum Balas DragonForce Malaysia Terhadap Sebuah Video Di TikTok

DFM Staff Announcement Prefix

UlatKomputer

Memerhati Gerak Geri Anda
DFM Staff
LV
0
 
11 Jun 2021
348
5,939
DragonCoin
3,152,053.00
Dota 2
White House
Villa DFM
Rolls-Royce Boat Tail
header.png

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak berfikir,
Supaya jangan mendapat malu.​

Baru-baru ini, pihak kami telah menonton sebuah video dari TikTok yang dikeluarkan oleh seseorang yang mengatakan terdapat seorang budak yang belajar ilmu hacking ini daripada salah seorang TikTok Content Creator serta DragonForce Malaysia dan menyalah gunakan ilmu tersebut ke arah tujuan yang salah.

Untuk pengetahuan saudara, pihak DragonForce Malaysia tidak mengajar apa-apa ilmu hacking yang membawa ke arah kerosakan. Kami hanya mengajar ilmu-ilmu asas dunia IT seperti asas bahasa pengaturcaraan. Tidak pernah sesekali pihak kami mengajar ilmu untuk menjadi seorang ethical hacker. Jika dilihat dalam forum serta media sosial kami, kami pernah mengajar cara untuk mengelak diri dari terjerat daripada terkena serangan godaman dan scam.

Seseorang pengamal "IT Professional" tidak pernah sesekali membuat ulasan palatao di dalam media sosial secara sinis dan bertujuan untuk merendahkan kemahiran seseorang. Dalam video tersebut mengatakan orang-orang seperti ini merupakan script kiddies. Tuduhan seolah-olah DragonForce Malaysia menggalakkan aktiviti godaman adalah tidak berasas. Analoginya, sekiranya seorang perogol mencari mangsa menggunakan laman sosial Facebook, adakah itu bererti Facebook menggalakkan jenayah rogol? Sebarang tindakan yang tiada dengan ahli DragonForce Malaysia bukan di bawah tanggungjawab kami. Tetapi di mana pula tanggungjawab kamu sebagai seorang System Admin yang sepatutnya menjaga sistem kamu supaya tidak diceroboh tetapi mudahnya kamu mengaku server kamu diceroboh oleh seorang budak bawah umur? Tidakkah itu memalukan? Tidak hairanlah kebanyakan laman web negara kita begitu rapuh di mana pengamal IT seperti anda.

Yang kedua, dalam video tersebut mengatakan bahawa dia telah melakukan tracing bagi mendapatkan maklumat si pelaku tersebut? Persoalannya, bagaimana anda mendapat akses maklumat tersebut dan menelefon ayah budak tersebut? Jika anda tidak mempunyai kebenaran, anda boleh disiasat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) Subseksyen 40(3): Pemprosesan Data Peribadi Sensitif dan Subseksyen 130 (7): Pengumpulan, dsb., data peribadi yang menyalahi undang-udang.

Di sebelah sisi positif, kami menegur mana-mana individu yang menggunakan ilmu-ilmu ini secara salah untuk menginsafi tindakan anda. Pihak DragonForce Malaysia hadir bagi mendidikan etika-etika dan sikap profesionalisme dalam menggunakan internet ini. Sekali lagi, kami menafikan tuduhan dia yang mendakwa pihak kami mengajar ilmu-ilmu ini untuk digunakan ke arah yang salah. Kami menggesa pihak sana untuk membetulkan balik kenyataan dia yang telah memburukkan nama kami.​

Kalau hendak menjerat rusa,
Siapkan tali disimpul erat,
Kalau hendak membuat jasa,
Tetapkan hati betulkan niat.​
 
M4LiQU3

DFM Hackers
DFM Hackers
LV
0
 
29 Sep 2021
1,002
5,724
Bawah Tanah
DragonCoin
9,654,295.00
Oyen The Arrogant Cat
Shiba Inu The Silly

terbaik la minn ... main ckp jee dia tu
 
manualize

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
28 May 2021
418
6,497
DragonCoin
8,291.00
"Aku sebagai orang lama, yg dh pernah msuk darkside & dh kembali lepastu sekarang ni kat border light" Si WhiteHat Tersakiti
Dia Buka pekong diri sendiri ke tu. wkwkwkwkw

dia femes ke?
tak femes ka?
saya tak kenal la org tak femes..

siapa la dia tu?...

🥱🥱🥱🥱🥱
Cara senang nak naik ialah dengan tumpang nama orang

Generasi akan datang tak akan maju kalau ada orang2 toxic mcm ni.