Malaysia perlukan lebih ramai 'influencer' dalam pelbagai bidang - Khairulaming

Thunder98

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
12 Sep 2021
18
104
DragonCoin
7,237.00
PUTRAJAYA: Negara memerlukan lebih ramai influencer (pempengaruh) media sosial dalam pelbagai bidang yang dapat memberi nilai tambah kepada masyarakat, demikian pandangan Usahawan Digital Khairul Amin Kamarulzaman.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Khairulaming di platform media sosial, berkata lebih banyak influencer dalam bidang seperti pendidikan, inovasi dan teknologi diperlukan bagi membentuk generasi muda negara yang berkualiti.

"Orang sering salah faham, tidak perlu pendidikan untuk jadi famous (terkenal), memang betul sebab apa-apa awak buat yang orang suka atau tak, boleh jadi famous, tapi apa yang berbeza di sini ialah, macam mana value (nilai) yang awak bagi pada peminat awak.

"Kita perlukan lebih banyak influencer dalam pelbagai bidang bukan setakat hiburan tetapi juga pendidikan, dan yang boleh jadi peneraju dunia macam perniagaan yang melibatkan inovasi. Kita boleh perlahan-lahan tambah baik generasi influencer di Malaysia," katanya kepada media selepas menjadi tetamu program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku Siri 2/2021 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Khairul Amin, yang mempunyai 6.7 juta pengikut di pelbagai platform di media sosial, berkata pihak berwajib seperti kerajaan juga boleh menyediakan garis panduan kepada mereka yang beminat untuk menjadikan bidang influencer ini sebagai kerjaya.

"Influencer ni bukan kerjaya yang formal, seperti kejuruteraan ada kursusnya, tetapi influencer ini benda yang dibina sendiiri.
"Kita dah berada di zaman yang tak boleh nak halang budak-budak daripada media sosial kerana ia sudah sebati dalam diri mereka, jadi daripada kita halang dan beri tekanan, lebih baik kita tunjuk ajar macam mana mereka boleh berjaya dalam bidang ni.

Dalam pada itu, Khairul Amin berkata para pelajar digalakkan untuk meneroka kemahiran-kemahiran yang tidak dipelajari dalam kelas formal seperti coding, editing, story telling dan sebagainya bagi mempersiapkan diri dalam suasana persaingan yang sengit ketika ini.

"Yang saya tekankan pada adik-adik yang di sekolah ini, daripada awal fokus pada pelajaran tapi pada masa sama pelajari kemahiran untuk membuat duit suatu hari nanti, sebagai contoh buat coding untuk software, ini kemahiran yang sangat berharga," katanya.

Sementara itu, seorang lagi tetamu jemputan yang juga Pengacara DidikTV, penyanyi dan pelakon Wani Kayrie, 21, berkata bagi mengelak diselubungi perasaan rendah motivasi dan tekanan semasa pandemik yang berpanjangan ini, pelajar digalakkan agar sentiasa mengubah tempat mereka belajar di samping terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Duduk sahaja depan komputer riba semasa PdPR, memang stress, jadi kita ubahlah tempat belajar seperti di luar rumah.

"Semasa PdPR kalau kita hanya mendengar cikgu mengajar, memang akan bosan, jadi dengan bertanya soalan semasa kelas secara maya tu kita akan lebih aktif," katanya.

Dalam program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku Siri 2/2021, seramai 1,623 pelajar sekolah menengah daripada 706 sekolah di seluruh negara menyertai program ini dan antara pengisiannya ialah pop kuiz dan sesi soal jawab bersama tetamu jemputan.

Kali ini, tema pembangunan kerjaya dipilih bertujuan memberi gambaran atau pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan pemilihan karier pada masa hadapan.
-- BERNAMA

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-m...cer-dalam-pelbagai-bidang-khairulaming-325703
 

duen

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
6 Jun 2021
33
95
DragonCoin
6,688.00
Influencer atau content creator? Kerisauan mak ayah zaman sekarang mesyi bila anak malas belajar kata nak jadi influencer...mybe boleh dibincangkan lagi...
 
  • Like
Reactions: Amir_raff