Information Membawang Jumaat

Show informational about something

Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
Kummakivi(batu pelik) adalah nama kepada sebuah batu yang berada di atas batu yang lain dalam keadaan seimbang selama 11,000 tahun.

Batu sepanjang 7 meter itu terletak di atas permukaan batuan dasar dengan tapak yang sangat kecil tetapi sangat kukuh sehingga tidak boleh digoyang dengan kekuatan manusia. Kummakivi dilindungi sejak 1962.

Sebatang pokok pain yang berasal dari tahun 1980-an telah tumbuh di atas batu itu. Batu itu terletak di dalam hutan di bahagian barat perbandaran Ruokolahti, berhampiran sempadan Puumala.

FB_IMG_1659674183628.jpg FB_IMG_1659674185687.jpg FB_IMG_1659674187670.jpg
 
Last edited by a moderator:

Aceofspade

Forum Moderator
DFM Sub Moderator
LV
0
 
30 May 2021
6,456
36,608
Dragonforce Malaysia
DragonCoin
10,174,444.00
Kummakivi(batu pelik) adalah nama kepada sebuah batu yang berada di atas batu yang lain dalam keadaan seimbang selama 11,000 tahun.

Batu sepanjang 7 meter itu terletak di atas permukaan batuan dasar dengan tapak yang sangat kecil tetapi sangat kukuh sehingga tidak boleh digoyang dengan kekuatan manusia. Kummakivi dilindungi sejak 1962.

Sebatang pokok pain yang berasal dari tahun 1980-an telah tumbuh di atas batu itu. Batu itu terletak di dalam hutan di bahagian barat perbandaran Ruokolahti, berhampiran sempadan Puumala.

View attachment 24672View attachment 24673View attachment 24674
Mmg pelik hehee ..
 
Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
PINTU PERGI TAK KEMBALI DI SENEGAL.👑
.
.
Door of No Return ialah pintu yang berada di sebuah rumah yang digelar The House of Slaves (Maison des Esclaves) terletak
di Pulau Gorée, 3 km dari pantai bandar Dakar, Senegal.

Rumah ini dibina pada tahun 1776 sebagai pusat bagi orang Afrika yang diperhambakan untuk dieksport ke Amerika.

The House of Slaves dimiliki oleh seorang businesswomen Afro-Perancis bernama Anna Colas Pépin yang memiliki beberapa kapal dan mengambil bahagian dalam perdagangan hamba.

Pada zaman perdagangan hamba itu, ramai orang Afrika yang dirantai akan melalui pintu "Door of No Return". Sebaik mereka melangkah masuk ke pintu yang berada di rumah ini, mereka tidak akan dapat kembali.

Keadaan di dalam rumah itu amat menyedihkan, dengan kebanyakan orang yang dipenjarakan mati sebelum mereka sempat menaiki kapal.

Para hamba akan dipenjara di dalam sel yang gelap dan menghabiskan hari-hari mereka membelakangi dinding serta tidak dapat bergerak.

Di rumah ini ahli keluarga akan dipisahkan. Lelaki, wanita, dan kanak-kanak ditahan di tempat yang berasingan dan selepas menaiki kapal kebanyakan mereka tidak dihantar ke lokasi yang sama.

Gadis-gadis muda khususnya ditahan secara berasingan. Mereka diarak di halaman rumah supaya peniaga dan hamba boleh memilih mereka untuk tujuan seks. Jika mereka hamil, mereka dibenarkan tinggal di pulau itu sehingga mereka bersalin.

The House of Slaves telah dibina semula dan dibuka sebagai muzium pada tahun 1962. Sebahagian besarnya melalui hasil kerja Boubacar Joseph Ndiaye. Ndiaye kemudiannya menjadi kurator Muzium.

Ndiaye mendakwa bahawa lebih daripada sejuta orang yang diperhambakan telah melalui pintu rumah ini. Kepercayaan ini telah menjadikan rumah itu sebagai tarikan pelancong dan tapak untuk lawatan negara oleh pemimpin dunia ke Senegal.
FB_IMG_1659674721732.jpg FB_IMG_1659674724022.jpg FB_IMG_1659674726455.jpg FB_IMG_1659674728530.jpg FB_IMG_1659674730816.jpg
 
View attachment 24676View attachment 24677View attachment 24678View attachment 24679View attachment 24680
Dasystt infomasi nye
 
Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
FB_IMG_1659695888164.jpg FB_IMG_1659695890563.jpg
Duga ialah sistem radar over-the-horizon (OTH) yang digunakan di Kesatuan Soviet sebagai sebahagian daripada rangkaian radar amaran awal untuk pertahanan peluru berpandu.

Sistem duga ini sangat berkuasa. Ia diberi nama samaran, "Russian Woodpecker" (Burung Belatuk Rusia) oleh pendengar gelombang pendek kerana pancarannya muncul secara rawak dan berbunyi seperti bunyi ketukan yang tajam dan berulang pada frekuensi 10 Hz.

Lompatan frekuensi secara rawak sering mengganggu banyak siaran yang sah seperti operasi radio amatur, komunikasi penerbangan komersial dan lautan hingga mengakibatkan beribu-ribu aduan oleh banyak negara di seluruh dunia.

Ia beroperasi dari Julai 1976 hingga Disember 1989. Dua radar duga telah digunakan, dengan satu di dekat Chernobyl dan Chernihiv di SSR Ukraine (Ukraine masa kini), dan satu lagi di timur Siberia (Rusia masa kini).
 
Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
PINTU TERTUA DI UK.

Pintu kayu oak yang terdapat di Westminster Abbey ini ialah pintu Anglo-Saxon (merujuk kepada puak Jermanik yang menguasai selatan dan timur Great Britain daripada awal abad ke-5 M) yang tertua dan satu-satunya di Britain.

Pintu ini telah berdiri selama lebih dari 950 tahun, sejak zaman pemerintahan Edward the Confessor pada tahun 1050-an. Pintu ini diperbuat daripada kayu oak tunggal dari England Timur yang tingginya 6.5 kaki dan lebar 4 kaki.

Ada dakwaan mengatakan kulit manusia telah dilekatkan pada pintu tersebut. Namun ia telah dibuktikan sebagai kulit lembu.

Dahulu apabila pintu ini dibuka, dalamnya menjadi tempat para sami bertemu setiap hari untuk berdoa pada abad ke-13. Pada hari ini ia berfungsi sebagai tempat penyimpanan untuk dokumen-dokumen keagamaan yang penting. FB_IMG_1659696300310.jpg FB_IMG_1659696302487.jpg
 
Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
FB_IMG_1659696800512.jpg FB_IMG_1659696802619.jpg Topi keledar juruterbang paling mahal adalah "F35". Ia digelar Green Glow dan berharga 400 ribu dolar. Ia dihasilkan oleh Lockheed Martin. Antara sebab harganya tinggi:

1) Ia memberikan juruterbang penglihatan yang sangat jelas dalam silau matahari dan dalam kegelapan malam.

2) Terdapat enam kamera inframerah yang dipasang pada keseluruhan topi keledar F-35 dan imej tersebut akan dipaparkan pada kaca topi keledar juruterbang dalam ciri gambar dalam gambar. Ini memberikan juruterbang keupayaan untuk memantau persekitaran pesawat sehingga 360 darjah, termasuk bahagian bawah.

3) Pada F35, pilot tidak perlu memusing badan pesawat untuk memastikan bom yang dilepas mengenai sasaran, cukup menoleh ke arah belakang maka gambar yang diambil kamera belakang akan terlihat.

4) Memaparkan koordinat, amaran kelajuan, sasaran dan ketinggian.

5) Benarkan pengaliran oksigen mengikut keperluan.

6) Paling canggih, topi keledar ini mempunyai keupayaan untuk sinar-x menembusi jet pejuang musuh menggunakan pengimejan Distributed Aperture System (DAS).

Topi ini memiliki berat sekitar 3 kg. Setiap topi keledar dibuat khas untuk setiap pilot dengan saiz kepala yang berbeza-beza agar memberikan keselesaan. Ini bermaksud, setiap pilot F-35 memiliki topi keledar masing-masing. Jika pilot itu mati, AS perlu menempah topi keledar baru untuk pilot lainnya.
 
Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
Kisah Lelaki Yang Tidak Pernah Melihat Wanita Sepanjang Hayatnya. 👑
.
Ini adalah kisah sami Greek Ortodoks yang dikatakan telah hidup selama 82 tahun dan meninggal dunia tanpa pernah melihat seorang wanita."

Pada tahun 1856 ketika dia baru 4 jam dilahirkan, ibunya telah meninggalkannya di tangga sebuah biara, yang terletak di atas Gunung Athos.

Tiada siapa yang mengetahui siapa ibu kandungnya dan mengapa ibunya bertindak sedemikian. Bayi itu kemudian diambil sebagai anak angkat oleh biara dan para sami menamakannya Michael Tolotos.

Bagaimana si ibu boleh berada di gunung tersebut juga tidak diketahui. Ini kerana, Undang-undang yang dipanggil Άβατον (avaton) dikuatkuasakan pada tahun 1046 oleh maharaja Byzantine Constantine Monomachos, melarang kemasukan wanita di atas gunung.

Undang-undang ini diletakkan supaya lelaki yang tinggal di banyak biara dapat menghabiskan hidup membujang mereka dengan aman dan selesa.

Berbalik pada kisah Michael tadi, dia tidak pernah melepasi pintu gerbang biara sepanjang hidupnya. Dia sesorang penghuni yang sangat berdisiplin dengan mengabdikan dirinya dalam kehidupan biara.
FB_IMG_1659698403986.jpg
Di Mount Athos, hanya pelancong lelaki dibenarkan memasuki biara dan tempat itu mempunyai peraturan yang tidak membenarkan sami-sami bercukur, mandi, bergaduh, bertengkar dan bertanya apa yang ada di sebalik dinding biara. Mungkin ini adalah sebab mengapa Michael tidak pernah dapat melihat wanita.
FB_IMG_1659698399971.jpg
Pada tahun 1938 Michael akhirnya meninggal dunia di tempat dia ditinggalkan dan dibesarkan tanpa pernah melihat atau mengetahui tentang kewujudan wanita.

💧 FB_IMG_1659698401943.jpg Tak tahu gambar betul dia yg mana satu..kalau google byk yg claim itu ini muka dia. Jadi lebih baik x pyh buboh 🤣🤣🤣
 
fatimazarah

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
20 Jun 2022
100
3,284
DragonCoin
0.00
Charlie Dame...
Tart Nenas
Charlie Dame...
Black Dragon
Oyen The Arrogant Cat
Frost Dragon
Kisah Lelaki Yang Tidak Pernah Melihat Wanita Sepanjang Hayatnya. 👑
.
Ini adalah kisah sami Greek Ortodoks yang dikatakan telah hidup selama 82 tahun dan meninggal dunia tanpa pernah melihat seorang wanita."

Pada tahun 1856 ketika dia baru 4 jam dilahirkan, ibunya telah meninggalkannya di tangga sebuah biara, yang terletak di atas Gunung Athos.

Tiada siapa yang mengetahui siapa ibu kandungnya dan mengapa ibunya bertindak sedemikian. Bayi itu kemudian diambil sebagai anak angkat oleh biara dan para sami menamakannya Michael Tolotos.

Bagaimana si ibu boleh berada di gunung tersebut juga tidak diketahui. Ini kerana, Undang-undang yang dipanggil Άβατον (avaton) dikuatkuasakan pada tahun 1046 oleh maharaja Byzantine Constantine Monomachos, melarang kemasukan wanita di atas gunung.

Undang-undang ini diletakkan supaya lelaki yang tinggal di banyak biara dapat menghabiskan hidup membujang mereka dengan aman dan selesa.

Berbalik pada kisah Michael tadi, dia tidak pernah melepasi pintu gerbang biara sepanjang hidupnya. Dia sesorang penghuni yang sangat berdisiplin dengan mengabdikan dirinya dalam kehidupan biara.
View attachment 24696
Di Mount Athos, hanya pelancong lelaki dibenarkan memasuki biara dan tempat itu mempunyai peraturan yang tidak membenarkan sami-sami bercukur, mandi, bergaduh, bertengkar dan bertanya apa yang ada di sebalik dinding biara. Mungkin ini adalah sebab mengapa Michael tidak pernah dapat melihat wanita.
View attachment 24695
Pada tahun 1938 Michael akhirnya meninggal dunia di tempat dia ditinggalkan dan dibesarkan tanpa pernah melihat atau mengetahui tentang kewujudan wanita.

💧View attachment 24694 Tak tahu gambar betul dia yg mana satu..kalau google byk yg claim itu ini muka dia. Jadi lebih baik x pyh buboh 🤣🤣🤣
tak pernah tengok perempuan eah...hahhaaha..apa2 pun mantap info
 
  • Like
  • Love
Reactions: nxncy and Kansai

Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
Ramai tak tahu, Di China Juga Terdapat Gua Ashabul Kahfi.
.
.
Sebuah gua di sebuah perkampungan China dipercayai oleh penduduk tempatan sebagai Ashabul Kahfi (Tujuh Orang Tidur). Ia terletak di sebuah kampung kecil, Mazar Aldi, berhampiran Masjid Toyuq dan perbandaran Tuyoq, Turpan, China.
FB_IMG_1659699201031.jpg
Tempat ini berkemungkinan besar adalah perkuburan Buddha iaitu seorang lelaki suci yang kemudiannya diubah menjadi Ashabul Kahfi.

Berkemungkinan penduduk tempatan menggabungkan sejarah dan adat tempatan dengan lagenda Seven Sleepers untuk mengubah tanah suci Buddha menjadi tanah Islam. Gua Ashabul Kahfi ditutupi oleh dua kubah tersebut yang dipanggil gumbaz.
FB_IMG_1659699198644.jpg
Ashabul Kahfi merupakan suatu kisah mengenai tujuh orang pemuda dan seekor anjing yang tertidur di dalam sebuah gua dan terbangun 309 tahun kemudian.

Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada zaman Raja Decius dari Rom, beberapa ratus tahun selepas diutusnya Nabi Isa a.s.
FB_IMG_1659699196539.jpg
Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala bersama seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota selepas dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh.
FB_IMG_1659699203279.jpg
Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dijadikan sebagai tempat persembunyian.

Terdapat beberapa tempat yang diyakini sebagai Gua Ashab-e-Kahfi, antaranya Gua di Efesus, Anatolia, Turki, Gua di Damsyik, Syria dan Gua di Amman, Jordan.
FB_IMG_1659699205780.jpg