Information Membawang Sabtu

Show informational about something

Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
Ujikaji Paling Lama Dalam Sejarah. Hanya Akan Selesai Pada Tahun 2514 Nanti.
.
.
Projek mikrobiologi ini nampaknya akan memecahkan rekod sebagai ujikaji dengan waktu paling lama iaitu 500 tahun. Projek ini dimulai pada tahun 2014 dan akan selesai pada tahun 2514 nanti.

Masih perlu 492 tahun lagi untuk mengetahui hasil akhir ujikaji tersebut. Tentu ada yang akan tertanya-tanya, mengapa ianya berlangsung begitu lama?
FB_IMG_1659787405716.jpg
Menurut alasan saintis, projek ini ingin mendapatkan jawapan berapa lama mikroba dapat bertahan hidup. Ujikaji ini merupakan projek dari University of Edinburg. Mereka menempatkan 400 botol bakteria Bacillus subtilis dalam keadaan kering sehingga membentuk spora(serbuk halus).

Botol kemudian ditutup rapat dengan timah untuk melindunginya dari radiasi karbon atau sinar kosmik yang dapat menyebabkan kerosakan DNA.

"Apakah mikroba akan bertahan lama atau ada sebahagian yang akan mati terlebih dahulu. Ini akan menjadi eksperimen ilmiah terlama yang pernah dibuat," kata Ralf Möller, yang mengetuai kajian ini dari the German Aerospace Center.

Dalam percubaan tersebut, setiap dua tahun (untuk 24 tahun pertama), satu set botol akan dibuka untuk melihat bagaimana spora itu bekerja. Setelah 24 tahun pertama, pemeriksaan berkala akan dikurangkan menjadi satu kali setiap 25 tahun hingga tahun 2514.

Pada tahun 2016, 1 set botol sudah dibuka dan hasilnya sudah diterbitkan. Penyimpanan selama dua tahun tidak membuat perbezaan, sampel juga tidak terpengaruh dengan paparan sinar-X, sinar ultraviolet, hidrogen peroksida, dan suhu tinggi.
FB_IMG_1659787403436.jpg
Memeriksa bakteria-bakteria itu mudah. Namun, bahagian yang sukar adalah untuk memastikan seseorang akan terus melakukannya mengikut jadual dengan baik di masa hadapan.

Para pengkaji berhasrat meninggalkan arahan projek itu dalam USB. Namun, itu pasti tidak akan berjaya kerana mengingatkan teknologi digital kebiasaan tidak mampu bertahan lama.

Selain itu, mereka juga merasakan meninggalkan arahan di atas salinan kertas bukan sesuatu yang tepat kerana kertas tidak dapat bertahan selama 500 tahun. Ianya pasti akan menguning dan hancur.

Tidak ada strategi yang akan sepenuhnya selamat 500 tahun kemudian. Jadi, para pengkaji diminta menyalin arahan setiap waktu 25 tahun agar tetap relevan secara linguistik dan teknologi, sambil berharap ujikaji ini akan terus ada dan tidak dilupakan.
FB_IMG_1659787410286.jpg

susah nak jumpa origin IP dekat belakang Cloudflare. sebab kebanyakan website sekarang guna server CDN. kalau dapat bypass Cloudflare pun, IP yg kita dapat tu belum tentu origin IP.

boleh cuba buka website ni untuk buat research.
tapi dia ada limit, boleh search 10 kali jee sehari; lepas tu dia suruh login. pandai-pandai laa guna vpn atau tukar IP untuk bypass limit tu.

semoga jawapan ini membantu walaupun sedikit~
..

kwafeL

Ya thanks
 
Last edited by a moderator:
  • Wow
Reactions: Kisuke_Baji

Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
Terdapat satu spesis lembu yang terbesar di dunia mempunyai berat badan sekitar satu tan setiap seekor dikenali sebagai Belgian Blue.
FB_IMG_1659787642022.jpg
Lembu ini telah dihasilkan melalui kejuruteraan genetik dengan kaedah kacukan bersilang.

Ia sesuatu yang amat jarang dilakukan di dunia namun, baka lembu jenis Belgian Blue ini telah mula dikacukkan sejak dari tahun 1808 lagi.
FB_IMG_1659787638943.jpg
Hasilnya cukup mengagumkan!

Seekor lembu ini mampu membekalkan daging kepada 1,000 orang penduduk. Tidak hairanlah lembu ini dikategorikan sebagai 'Super Cow'.
FB_IMG_1659787636550.jpg
Fakta menarik:

- Mampu membesar sehingga mencapai berat 1250kg
- Meskipun kelihatan garang, baka Belgian Blue ini sebenarnya jinak seperti lembu biasa
- Memiliki banyak masalah kesihatan sebab saiznya yang terlampau besar.

FB_IMG_1659787633853.jpg
 

Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
Penemuan Pengembara Jerman Yang Sudah Menjadi Mumia Di Pulau Mindanao, Filipina.👑
.
.
Pada 25 Februari 2016, dua orang nelayan telah terjumpa sebuah kapal layar berwarna putih yang kelihatan terbiar hanyut di pantai pulau Mindanao, Filipina.
FB_IMG_1659788011259.jpg
Semasa mereka mengintai ke dalam kapal tersebut, mereka mendapati sesuatu yang lebih mengejutkan daripada apa yang pernah mereka bayangkan.

Di dalam kapal terbiar itu kelihatan mayat mumia seorang lelaki yang sudah menjadi beku di kerusinya.

Mayat itu tidak lama kemudian dikenali sebagai seorang pengembara dari Jerman bernama Manfred Fritz Bajorat. Mayat Bajorat berada diatas kerusi dan betul-betul di sebelah radio bot.
FB_IMG_1659788014440.jpg
Bajorat dipercayai cuba membuat panggilan kecemasan terakhir sebelum meninggal dunia di tempat nelayan kemudian menjumpainya.

Kapal layar tersebut bernama SAYO dan memiliki panjang 40 kaki. Ia telah menjelajah ke seluruh dunia sejak 20 tahun lalu.

Keadaan di dalam kabin kebanyakannya sudah ditenggelami air. Antara yang ditemui adalah album yang menunjukkan isteri, keluarga beserta rakan-rakannya, dan pakaian, tin makanan berselerak di sekeliling.
FB_IMG_1659788016354.jpg
Menurut pihak berkuasa, mereka percaya tidak ada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan hingga hari ini tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa lama tubuhnya telah duduk di sana.

Bagaimana Proses Mumia Itu Berlaku?

Menurut Profesor Frank Ruhli, Pengarah Institut Perubatan Evolusi di Universiti Zurich kepada MailOnline, terdapat pelbagai cara mumifikasi semula jadi boleh berlaku.

Pada asasnya dalam kebanyakan kes ia adalah dehidrasi tisu, yang menyebabkan pengecutan sel,' katanya.

'Di laut terbuka, secara amnya terdapat lebih sedikit serangga daripada di darat. Udara masin terutamanya boleh membantu membawa kepada mumia semula jadi, dan aliran udara yang stabil juga boleh menyokong.

'Mumia bermula dalam beberapa hari, bergantung pada suhu, kandungan garam, tahap kelembapan, tahap bakteria dan aliran udara. '
FB_IMG_1659788018246.jpg
Apabila mumia selesai dan tiada perubahan iklim, proses penguraian dihentikan dan keadaan mumia itu boleh bertahan hampir selama-lamanya. Rambut mumia juga dikeringkan dan kekal seperti sedia ada.

'Proses mumifikasi boleh sekurang-kurangnya selesai dalam beberapa hari, atau mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk berkembang sepenuhnya.

'Dengan keadaan yang "mendukung", keadaan mumia ini boleh dicapai dalam masa beberapa bulan untuk dimumikan sepenuhnya.'

FB_IMG_1659788020383.jpg
 

Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
18961c41ad168dce9ce8b0a53bf5107d.jpg
Pada 11 February 2013, beberapa daerah di Amerika Syarikat kecoh dan menakutkan pengguna jalan raya apabila terdapat penggodam yang tidak bertanggungjawab telah menceroboh rangkaian sistem amaran kecemasan di Great Falls, Montana dan Marquette, Michingan lalu menyiarkan amaran kecemasan kononnya zombi telah bangkit dari kubur mereka di beberapa daerah di Montana dan Upper Peninsula Michigan.

FB_IMG_1659788362960.jpg
 
  • Like
Reactions: Azizul

Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
FB_IMG_1659788634737.jpg
Jepun Pernah Cuba Membina Piramid Di Mesir.
.
.
Tahukah anda pada tahun 1978, beberapa pakar penyelidik daripada Jepun pernah cuba untuk membina Piramid di Mesir.

Kononnya menggunakan kaedah binaan cara lama seperti mana bangsa Mesir Kuno lakukannya.

Sebagai percubaan, mereka membina piramid dengan ukuran kecil. Asal rancangannya adalah dengan ketinggian 20 meter.

Namun rancangan ini tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Cara binaan mereka saat itu sangat manual.

Mereka menggunakan pahat dan batu-batunya di ikat dengan tali lalu di tarik dan ditolak beramai-ramai.

Katanya, setiap satu bongkah batu piramid buatan ini seberat 4 tan. Projek ini
menggunakan sekurang-kurangnya 100 orang buruh warga Mesir.
FB_IMG_1659788632716.jpg
Segala kos binaannya ditanggung penuh oleh kerajaan Jepun dan dibuat liputan terus ke siaran tv di Jepun.

Semua ini berjalan lancar dengan kerjasama dan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Mesir saat itu.

Namun, selesai sahaja piramid kecil itu dibina, ia dimusnahkan dan tapak binaan piramid buatan ini dibersihkan serta-merta tanpa meninggalkan kesan.
FB_IMG_1659788630385.jpg
Antara masalah yang mereka temukan ketika membuat piramid ini adalah:

1) Kesukaran memahat batu seberat 4 tan.

2) Pekerja mengeluh meminta agar dikurangkan ukuran ketinggiannya dari 20 meter ke 10 meter kerana tidak sanggup.

3) Pekerja mengeluh minta dikurangkan dari berat 4 tan kepada 1 tan.

4) Mereka terpaksa menggunakan alat pemotong batu dari elektrik dan itulah buat pertama kalinya piramid dibina menggunakan alat mesin tenaga elektrik kerana asalnya tidak mahu gunakan teknologi.

5) Mereka gagal memindahkan bongkah batu dari sungai Nil iaitu dari tanah rendah ke kawasan tinggi Giza sama ada dijalankan dan ditolak atas kayu atau dibawa melalui kapal. Disebabkan itu sekali lagi mereka terpaksa menggunakan teknologi iaitu menggunakan kren untuk membawa naik batu ke kapal menurunkannya di daratan yang berhampiran dengan piramid

6) Semasa seketul batu di turunkan di daratan, seramai 50 orang pekerja gagal menggerakkan batu itu walau untuk beberapa sentimeter.

7) Sulit untuk memindahkan batu dari tempat turunnya dipinggir sungai Nil dibawa ke tempat binaan dan ia menunjukkan yang cara mereka sekarang ini seolah-olah mengambil masa bertahun untuk membina piramid.

8) Mereka terpaksa membuat laluan rail keretapi untuk mengangkat batu dari pinggir sungai Nil menuju ke tapak binaan.

9) Mereka terpaksa menggunakan helikopter untuk mengangkat sebahagian batu dan mengukur ketepatan sudut ukuran binaan.

10) rancangan awal adalah 20 meter terpaksa dikurangkan kepada 10 meter ketinggiannya.

Pada penghujungnya mereka menemui kegagalan dalam membinanya walau menggunakan banyak kemudahan.

FB_IMG_1659788628600.jpg
 
  • Like
Reactions: Azizul

Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
Ride To Hell👑
FB_IMG_1659788990884.jpg
.
.
Sebuah keluarga di Ohio memenuhi permintaan seorang lelaki agar membolehkan dia menunggang motosikal Harley-Davidson yang disayanginya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
FB_IMG_1659788985925.jpg
Mayat Billy Standley yang meninggal dunia beberapa tahun lepas dilihat memakai jaket kulit dan berkaca mata hitam dengan bergaya sambil menunggang model Electra Glide keluaran 1967 itu di dalam keranda yang ditutupi kaca lutsinar. Mayat Standley, 82, yang mati akibat kanser paru-paru dapat dilihat dengan jelas menerusi keranda istimewa itu.
FB_IMG_1659788988787.jpg
Selama bertahun-tahun dia memberitahu keluarga dan rakan yang dia bukan saja mahu menunggang motosikal ke ‘syurga,’ malah mahu melihat orang lain juga mampu melakukan sepertinya kelak.
FB_IMG_1659788983915.jpg
Dia membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya dengan membeli tiga lot tanah bersebelahan kubur isterinya Lorna, agar kawasan itu dapat memuatkan keranda besarnya yang unik itu.

FB_IMG_1659788979833.jpg
 

Kansai

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
2 Aug 2022
52
177
🔥
DragonCoin
2,010.00
HILANG SELEPAS MENDAKI KAWASAN TERLARANG.
.
.
Daylenn “ Moke ” Pua, berusia 18 tahun dan berasal dari Hawaii. Dia seorang yang menggemari aktiviti mendaki bukit.

Namun pada tarikh 27 Februari 2015, setelah berangkat untuk mendaki Tangga Haiku, salah satu dari laluan hiking di Hawaii yang dikenali “paling berbahaya”, Pua tidak pernah kembali lagi.

Pada saat Pua menghilang, dia ketika itu sedang mengunjungi neneknya di Waianae, sebuah bandar di pulau Oahu, Hawaii.
FB_IMG_1659789421860.jpg
Menurut neneknya, Pua tertarik untuk mendaki “Stairway to Heaven” atau disebut juga “Haiku Stairs”, yakni laluan yang terlarang untuk dikunjungi.

Pasalnya, tangga tersebut terletak di lokasi yang tinggi dan angin yang kencang dikawasan itu berisiko mendatangkan kecelakaan kepada para pendaki.

Neneknya sudah memberi tahu cucunya bahawa laluan itu telah ditutup dan pihak berkuasa juga tidak mengizinkan sesiapa mendaki gunung itu kerana terlalu berbahaya. Namun Pua berdegil dan mengabaikan kata-kata neneknya itu.

Pada Jumaat pagi 27 Februari 2015, Pua meninggalkan rumah neneknya lalu menaiki bus dari Waianae.

Sebelum pergi, Pua mengatakan bahawa dirinya akan pergi mendaki. Walau begitu, neneknya tidak sangka cucunya itu akan benar-benar pergi kesana. Itulah kali terakhir Pua terlihat.

Sebelum dia menghilang, Pua sempat mengirimkan beberapa foto hasil pendakiannya pada neneknya.

Polis Honolulu (ibu kota negara bahagian Hawaii) yang menyelidik foto-foto itu telah memastikan bahawa kesemua foto itu diambil di Haiku Stairs.

Mesej yang dikirim bersama foto dirinya di Haiku Stairs sekitar pukul 11:00. Itulah komunikasi terakhir Pua dengan siapapun.

Pihak polis sudah berusaha mencari Pua dengan bantuan pemadam kebakaran hingga Angkatan Laut AS yang mencari Pua dari darat mahupun udara.

Pada hari isnin sekitar tiga hari setelah Pua menghilang, dua orang pendaki melaporkan terdengar teriakan orang meminta tolong.

Meskipun pencarian dilakukan secara besar-besaran pada masa itu, namun jejak Pua sama sekali gagal ditemukan.

Lalu misteri apakah yang sebenaranya menyelimuti lenyapnya Pua? Kita akan meninjau dulu lokasi dimana Pua menghilang.
FB_IMG_1659789423836.jpg
Walaupun telah ditutup untuk umum sejak 1987, “Stairway to Heaven” adalah pendakian yang masih terkenal di Oahu.

Selain lokasinya memang sangat sesuai untuk bergambar, disini juga menawarkan pemandangan alam yang teramat indah.

Namun oleh kerana tempat ini tidak dijaga lagi, jalan menuju Haiku Stairs menjadi rosak akibat hujan lebat dan ribut yang dahsyat. Mungkin kerana alasan inilah lokasi pendakian itu tidak lagi dibuka kepada umum.
FB_IMG_1659789426651.jpg
Namun apakah ada alasan lain? Apakah pihak berkuasa melarang semua jenis pendakian ke sana kerana ada 'sesuatu' yang menakutkan di sana?

Jawapannya mungkin tersedia di dalam foto terakhir yang dikirimkan oleh Pua. Di sana, tidak hanya menyajikan pemandangan indah, namun ada 'sesuatu' yang tersembunyi disebalik semak-samun.

Di sana ada seorang lelaki tidak dikenali mengikutinya di laluan pendakian. Bahkan dari gerak-geriknya, seolah-olah lelaki misteri itu sedang bersiap sedia untuk berlari ke arah Pua dan menangkapnya.

FB_IMG_1659789429885.jpg