Assalamualaikum......
pestime nk share resepi from pakistan ni..uolls kena cuba k..sebab resepi dia sangat simple dan mudah korang tak perlu masak dua tiga jenis lauk...semua dh satu dalam nasi ni....jom sy senaraikan bahan-bahan dan cara nk memasaknya..
✔︎Bahan-bahan ( untuk 3 orang makan)
Ayam/Daging potong dadu ( ikut korang nak letak banyak mana☺︎︎)
Beras basmathi 3 cwn
( beras panjang tu,uolls basuh n sejatkan bagi kering air kejap)
Ubi kentang ( 3 biji ) potong dadu
tomato ( 2 biji ) potong dadu
cili melaka ( 5 biji ) belah dua
bawang holland ( 3 biji ) potong 4
Daun pandan
BAHAN MENUMIS..
❥︎Bawang merah/kecil ( 2 ulas)
❥︎Bawang putih ( 2 ulas)
❥︎Halia ( 2 inci)
p/s : 3 sekawan kt atas ni uolls potong halus ( cincang)
❥︎ 3 sekawan (Bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis)
❥︎Air 4 cawan
❥︎Serbuk cili ( 2 sb)
❥︎Serbuk kunyit ( 2 sb)
❥︎Serbuk garam masala ( 2sb)
p/s: Utk serbuk garam masala ni nanti sy bgi pic ye...korang blh cari kt giant,tesco atau kedai2 yg jual rempah ni..
★Cara-cara memasak....
1. tumiskan bawang kecil,bawang putih,halia,bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis..dh agk kekuningan dan naik bau masukkan rempah garam masala serta serbuk cili,kacau sehingga sebati dan naik bau kemudian masukkan air
2.masukkan tomato kacau sehingga sebati kemudian masukkan ubi kentang,cili melaka,serta daging/ayam..
3.masukkan beras yang di sejatkan air tadi gaul sebati masukkan garam 1 sudu kecil secukup rasa,serbuk kunyit dan daun pandan,bawang holland..gaul sebati..biarkan nasi tu sehingga masak...so siap untuk dihidangkan....
Selamat mencuba.......
P/S: dibawah ni sy ada kepilkan sekali gambar serbuk garam masala baba's