Selamat malam warga DFM
Saya nak tanya, kalau nombor akaun bank kita terdedah pada public kan, ada risiko ke kehilangan duit dalam bank?
Saya pernah terbaca orang kata "nombor akaun bank jangan bagitahu dekat media sosial/public"..kenapa bahaya? Boleh menyebabkan kehilangan duit ke?
P/s:maaf jika topik thread telah dibicarakan, mungkin saya terlepas pandang sebelum ni.. Saya harap ada penjelasan dari para ilmuwan/senior
Pendapat aku, kalau share number akaun saja tiada masalah apa. Sebab tiada apa pun transaksi yang boleh dilakukan melainkan kalau online banking memerlukan password, TAC dan kalau ATM pula memerluka kad debit, PIN.
Cuma,
Apa yang dirisaukan ialah mungkin berlakunya
penyalahgunaan number akaun bank anda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, akan ada scammer yang cuba
menyamar sebagai pihak bank dan anda juga akan mudah percaya kerana mereka telah menyebut nombor akaun bank anda dengan tepat. Mereka akan menghubungi anda untuk mengetahui lebih detail maklumat peribadi seperti alamat, tarikh lahir, IC, Passport, nama ibu/ayah, nombor PIN, password, CVC dan bermacam lagi yang boleh memberikan akses kepada mereka menggunakan akaun anda.
Kedua, mungkin juga terdapat pihak yang sengaja ingin
memburukkan nama anda iaitu dengan cara menggunakan nombor akaun anda untuk kegunaan penipuan. Sebagai contoh pengiklanan bantuan derma yang sebenarnya tidak wujud.
Kesimpulannya, berkongsi number akaun bank adalah selamat.
Tetapi, berkongsilah kepada orang yang anda percaya sahaja. Yang paling penting, Password, No TAC dan PIN
janganlah sesekali diberikan kepada sesiapa pun waima pihak bank sendiri tidak akan memintanya. Jika ada masalah, mereka pihak bank akan reset sahaja dan tidak akan menanyakannya