Oven Roasted Garlic

hotfloppy

Guru Leader
DFM Leader
LV
0
 
5 Jun 2021
537
1
3,980
DragonCoin
9,780.00
Linux
Eagle
Ancient Piranha
Assalamualaikum.

Untuk resipi campak-campak kali ni, aku nak share resipi yang sangat-sangat simple​

Oven Roasted Garlic​

Aku tak sure la ramai yang suka ke tak, tapi aku sangat suka roasted garlic ni.

Jom kita start...

Bahan-Bahan​


  • Garlic / Bawang Putih - terpulang nak banyak mana. Aku guna 2 biji, dapat dalam 10 ke 15 ulas camtu.
  • Olive Oil / Minyak Zaitun - aku guna dalam 2 sudu besar. Nak letak lebih pun boleh, minyak tu boleh simpan untuk masakan lain.
  • Black Pepper / Lada Hitam (dikisar kasar) - yang ni aku guna dalam secubit dua je
  • Salt / Garam - guna secubit je.
  • Dried Thyme atau herbs lain - ikut suka korang. Thyme aku letak dalam 2 cubit, hancurkan kat tapak tangan
  • Aluminium Foil
  • Oven
Jom masak!


Cara Penyediaan​


  • Kupas kulit luar garlic, yang nipis tu. Kulit dalam tayah kupas. Basuh ala kadar. Tayah guna detergent.
  • Letak atas aluminium foil.
  • Tuangkan sedikit olive oil.
  • Tabur garam dan black pepper..
  • Taburkan jugak dried thyme (atau herbs lain) kita.
  • Gaul-gaul bagi semua bahan menyeliputi garlic.

aVBUGgm.jpg

  • Bungkus aluminium foil tu kemas-kemas.
  • Masukkan ke dalam oven dengan suhu maximum selama 30 minit atau lebih.
Siap!​

gpeh0Yh.jpg



Garlic ni akan jadi lembut gila.
Boleh makan gitu je kalau nak, atau sapu atas roti bakar, atau letak dalam nasi goreng pun cara jugak.

Selamat mencuba!

Assalamualaikum.​