PDRM Dedah Taktik Terbaru Penipuan Menggodam Akaun Bank Melibatkan Kerugian Hampir RM60 Ribu

Wicther

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
16 Jun 2021
1,486
5,206
21
DragonCoin
5,660.00
PDRM.jpg
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mendedahkan taktik penipuan terbaru yang digunakan oleh penjenayah siber bagi menggodam akaun bank mangsa mereka.

PDRM memaklumkan sebanyak 5 laporan Polis telah diterima mereka dengan masing-masing 3 di Johor, 1 di Pulau Pinang dan 1 di Sabah yang melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM58,844.00.

Hasil siasatan PDRM mendapati, penjenayah menggunakan laman sosial untuk mengiklankan penjualan barangan atau perkhidmatan saluran televisyen berbayar. Tawaran iklan ini akan sentiasa diubahsuai oleh penjenayah bagi menarik lebih banyak mangsa.

“Mangsa yang berminat seterusnya akan diminta untuk memuat turun fail APK (Android Package Kit) yang dihantar menggunakan aplikasi WhatApps. Mangsa dikehendaki untuk memasang aplikasi tersebut di dalam peranti telefon pintar dan membuka akaun bagi membolehkan aplikasi tersebut digunakan.

Butiran perlu dimasukkan termasuklah nombor kad pengenalan, butiran akaun bank dan butiran kad kredit. Aplikasi tersebut juga dikesan akan menggantikan sistem SMS di telefon pintar tersebut.

Tanpa disedari, dengan pemasangan aplikasi yang meragukan ini, mangsa telah mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada penjenayah yang seterusnya digunakan untuk menggodam dan memindahkan wang milik mangsa.” YDH CP Dato’ Mohd Kamarudin bin Md Din.

Ekoran itu, pihak PDRM mengingatkan orang ramai untuk tidak memuat turun aplikasi daripada sumber yang meragukan.

PDRM juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan mesej SMS di telefon pintar mereka kerana ia akan menerima data sulit SMS OTP (One Time Password) atau TAC (Transaction Authorization Code) daripada pelbagai aplikasi yang dipasang di telefon pintar mereka.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Baca juga:

From Wiser
 

Wicther

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
16 Jun 2021
1,486
5,206
21
DragonCoin
5,660.00
Macam2 cara nak dapatkan duit dengan cara yang tak sah. Masyarakat kita masih kurang ilmu dalam bidang IT ni. Itu pun salah satu punca kebocoran maklumat dan data peribadi.
Betul tu ...member den tahu den register DFM, bila den share pasal berkaitan scammer, virus
Sikit ii hacker Dragonforce ....