Alert Peringatan Kepada Semua Pemegang Jawatan DFM

This prefix use to attract extra attention from user
Status
Not open for further replies.

Aceofspade

Forum Moderator
DFM Sub Moderator
LV
0
 
30 May 2021
6,457
36,611
Dragonforce Malaysia
DragonCoin
10,174,454.00
DFM logo.png

DFM_iod.png


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga komuniti DragonForce Malaysia

Pengumuman Penting Kepada Lantikan Pemegang Jawatan di DFM

Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli DFM. Hasil dari perbincangan dan penelitian daripada pihak pengurusan DragonForce Malaysia, maka satu kata persetujuan telah diambil dan akan melaksanakan penarikan semula TITLE atau pangkat daripada semua kakitangan dan ahli Bawang Rangers yang telah dilantik sekiranya didapati tidak aktif di forum. Bagi penilaian penarikan pangkat ini akan berkuat kuasa bermula dari tarikh berikut:

22/08/2021

Pemegang jawatan atau pangkat yang telah dilantik akan dipantau dan dikenalpasti oleh pihak pengurusan dan pentadbiran DragonForce Malaysia untuk sebarang tindakan penarikan semula. Namun anda tidak seharusnya risau kerana anda akan diberi tempoh Tunjuk Sebab selama 3 hari untuk membalas pertanyaan. Selepas itu, pihak pengurusan akan menilai semula mengikut pertimbangan budi bicara melalui jawapan yang anda berikan.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu anda semua kepada DragonForce Malaysia. Kami semua mendoakan kesejahteraan anda agar lebih terjamin terutama bagi menghadapi cabaran wabak Covid-19 ini.

Jaga Jarak Anda , Pastikan Jaga Diri , Pakai Sentiasa Pelitup Muka , Kerap Cuci Tangan Dan Sanitizer , Jaga Kebersihan Kendiri​

 
Last edited:
Status
Not open for further replies.