#PeristiwaHariIni : 63 Tahun Lalu, Bagaimana Fidel Castro Jadi Pemimpin No. 1 Cuba

katonara

DFM Hackers
DFM Hackers
LV
0
 
17 Jan 2022
222
862
DragonCoin
10,550,813.00
PERISTIWA 16 FEBRUARY 1959

5910e831d95c9.image.jpg


1. Lahir pada 13 Ogos 1926, Fidel Alejandro Castro Ruz mula menceburkan diri dalam politik ketika menuntut di universiti. Pada 1951, beliau telah bertanding untuk kerusi di Dewan Perwakilan namun berlaku rampasan kuasa oleh Fulgencio Batista sebelum pilihan raya dapat diadakan.

2. Castro memimpin sekumpulan penentang Batista menyerang & menawan Berek Moncada pada 26 Julai 1953, namun ia gagal dan beliau dipenjarakan. 2 tahun kemudian, beliau telah dibebaskan lalu pergi ke Mexico & membentuk Gerakan 26 Julai bersama Ernesto ‘Che’ Guevara.

3. Pada 2 Disember 1956, Castro dan pengikutnya mendarat di pantai tenggara Cuba, kemudian membina pangkalan gerila di hutan pergunungan Sierra Maestra & merekrut lebih ramai pengikut untuk berperang dengan rejim Jeneral Batista yang dibelakangi A.S.

4. Menjelang pertengahan 1958, A.S. tamatkan bantuan ketenteraan terhadap Batista & Disember tahun itu, Guevara memimpin serangan terhadap Santa Clara yang berjaya melumpuhkan angkatan rejim & memaksa Batista lari ke Republik Dominika pada 1 Januari 1959.

5. Seminggu kemudian, Castro & angkatannya memasuki Havana & mengisytiharkan kemenangan mereka. Fidel mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Cuba pada 16 Februari 1959, memperoleh kuasa penuh kepimpinan negara itu dari kerajaan sementara.

6. Castro memilik negarakan segala aset A.S. di Cuba, melancarkan program reformasi pertanian, menghapuskan diskriminasi kaum dalam undang-undang, membawa bekalan elektrik kepada luar bandar dan memajukan sektor pendidikan serta kesihatan.

7. Pelbagai sekatan dikuatkuasakan antaranya mengharamkan akhbar pembangkang, mengehadkan pemilikan tanah & menghapuskan perniagaan swasta, menyebabkan ramai rakyatnya khususnya profesional & pakar berhijrah keluar dari Cuba.

8. Selepas 49 tahun memimpin Cuba, Castro telah melepaskan jawatan secara rasmi kepada adiknya, Raúl pada 2008. Ikon revolusi itu meninggal dunia pada 25 November 2016 di usia 90 tahun.

Sumber: History, Yousuf Karsh, astro awani