Information PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Show informational about something

Syedhafiz1234

Community Leader
DFM Bawang Leader
LV
0
 
14 Nov 2021
495
2,610
ManCave
DragonCoin
2,842.00
Ulat Gonggok Gergasi
Black Dragon
Eagle

Sifat Malu Diganjari Syurga

اَلْـحَيَاءُ مِنَ اْلإِيْمَانِ وَ َاْلإِيْمَانُ فِـي الْـجَنَّةِ ، وَالْبَذَاءُ مِنَ الْـجَفَاءِ وَالْـجَفَاءُ فِـي النَّار

“Rasa malu adalah sebahagian daripada iman, sedang iman tempatnya di Syurga. Sedangkan tindakan / perkataan kotor adalah sebahagian daripada tabiat / perangai yang kasar, sedang tabiat kasar tempatnya di Neraka.” (HR Ahmad No II/501 & Tirmidzî No. 2009)

Pengajaran:

1. Perasaan malu adalah sebahagian daripada iman

2. Orang beriman yang menghias diri dengan sifat malu tempatnya di syurga

3. Perbuatan atau perkataan buruk dan kotor adalah tabiat serta perangai kasar yang tercela dan berdosa.

4. Perangai serta tabiat yang tercela jika berterusan dilakukan akan diganjari neraka.

sifat-malu.jpg

Ayuh kita berperangai terpuji untuk ke syurga: menghias diri dengan sifat malu orang yang beriman dan menjauhi perangai keji dan tercela akibat hilang malu.
 
Syedhafiz1234

Community Leader
DFM Bawang Leader
LV
0
 
14 Nov 2021
495
2,610
ManCave
DragonCoin
2,842.00
Ulat Gonggok Gergasi
Black Dragon
Eagle
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dunia pada hari ini penuh dengan perkara-perkara luar biasa yang berlaku sehingga mereka merasakan bahawa hampir berlakunya Kiamat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa umat yang hidup di akhir zaman akan berdepan dengan pelbagai ujian, fitnah dan cubaan yang cukup mencabar. Ini kerana, hanya dengan keimanan yang teguh serta dengan ilmu yang sahih sahaja akan menyelamatkan kita semua daripada ujian, fitnah dan cubaan ini.

Berdasarkan soalan di atas, masa atau waktu berlalu dengan pantas atau cepat adalah termasuk di dalam tanda-tanda hampir berlakunya Kiamat. Ini berdasarkan kepada beberapa hadith yang sahih, antaranya:

1680220287851.png

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ، وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ
Maksudnya: “Tidak akan berlakunya Kiamat sehingga diangkat ilmu, banyaknya berlaku gempa, masa berlalu dengan pantas, terzahirnya fitnah-fitnah dan banyaknya pembunuhan.” [Riwayat al-Bukhari (1036)]

Hadith di atas ini atau maksud masa berlalu dengan pantas boleh difahami dengan satu hadith daripada Anas bin Malik sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam sunan atau jami’nya iaitu:

1680220311660.png

  • Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ، وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ، وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ، وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ

Maksudnya: “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” [Riwayat al-Tirmizi (2332)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pandangan dalam memahami makna masa berlalu dengan pantas seperti pendeknya umur, pendeknya malam dan siang seperti yang disokong di dalam hadith lain yang menyatakan masa berlalu dengan pantas sehingga setahun dirasa seperti sebulan dan juga manusia berterusan berada di dalam kejahilan, [Lihat: Fath al-Bari, 1/171]

Di samping itu juga, Imam al-Nawawi mengikut pandangan ‘Iyadh dan selain daripadanya yang berpandangan maksud masa berlalu dengan pantas adalah disebabkan hilangnya keberkatan masa dan dalam sehari dia melakukan sesuatu yang bermanfaat kadarnya sama seperti satu jam sahaja dia melakukan perkara tersebut. [Lihat: Fath al-Bari, 13/17]

Untuk tu, di antara tanda-tanda Kiamat adalah masa terasa begitu pantas disebabkan hilangnya keberkatan (di dalam kehidupan), sedikitnya amalan untuk Akhirat, membuang waktu pada perkara yang tidak penting dan berfaedah sehingga tiada lagi nilainya serta ia (masa) berlalu seperti berlalunya awan yang mana tidak dirasai oleh seseorang akan umurnya seakan-akan dia tidak hidup melainkan hanya sementara di waktu siang. [Lihat: Fath al-Mun’im, 10/208]

Justeru, kami berpandangan bahawa maksud masa berlalu dengan begitu pantas adalah disebabkan keberkatan masa telah hilang dalam kehidupan kita. Apabila ini berlaku, ini menandakan kurangnya amalan soleh yang dilakukan dalam kehidupan kita. Hal ini juga sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi di atas bahawa banyak masa-masa dalam sehari dihabiskan pada perkara yang tidak bermanfaat.

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menceritakan keadaan masa di akhir zaman akan berlalu dengan pantas adalah sahih kerana ia diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka. Tambahan pula, di akhir zaman juga keberkatan masa akan mula hilang sedikit demi sedikit sehingga mereka merasakan bahawa masa itu berlalu dengan begitu pantas dan cepat. Perkara inilah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-‘Asr:

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

Maksudnya: “Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (3).”

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa meningkatkan amalan soleh dan memanfaatkan masa dengan sebaiknya agar dengan sebab itu Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan Akhirat serta Amin.

Wallahua’lam
 
Anonghost

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
4 Jun 2021
64
136
DragonCoin
10,007,560.00
Sifat Malu Diganjari Syurga

اَلْـحَيَاءُ مِنَ اْلإِيْمَانِ وَ َاْلإِيْمَانُ فِـي الْـجَنَّةِ ، وَالْبَذَاءُ مِنَ الْـجَفَاءِ وَالْـجَفَاءُ فِـي النَّار

“Rasa malu adalah sebahagian daripada iman, sedang iman tempatnya di Syurga. Sedangkan tindakan / perkataan kotor adalah sebahagian daripada tabiat / perangai yang kasar, sedang tabiat kasar tempatnya di Neraka.” (HR Ahmad No II/501 & Tirmidzî No. 2009)

Pengajaran:

1. Perasaan malu adalah sebahagian daripada iman

2. Orang beriman yang menghias diri dengan sifat malu tempatnya di syurga

3. Perbuatan atau perkataan buruk dan kotor adalah tabiat serta perangai kasar yang tercela dan berdosa.

4. Perangai serta tabiat yang tercela jika berterusan dilakukan akan diganjari neraka.

sifat-malu.jpg

Ayuh kita berperangai terpuji untuk ke syurga: menghias diri dengan sifat malu orang yang beriman dan menjauhi perangai keji dan tercela akibat hilang malu.
Hebat abg ni
 
Isam244

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
19 Jan 2022
109
144
DragonCoin
109,050.00

Terima kasih atas perkongsian.👍👍😁
 
Syedhafiz1234

Community Leader
DFM Bawang Leader
LV
0
 
14 Nov 2021
495
2,610
ManCave
DragonCoin
2,842.00
Ulat Gonggok Gergasi
Black Dragon
Eagle
Hadis Tentang Bantu Membantu

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat.”

1680393842208.png

Justeru, marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan. Pada masa sama, usah lupa untuk mendoakan agar urusan setiap saudara seagama kita sentiasa berjalan dengan lancar dan diberkati oleh-Nya. Doa yang akan dimustajabkan oleh Allah SWT antaranya apabila seorang hamba mendoakan saudaranya dalam keadaan saudaranya itu tidak mengetahuinya.

Sabda Rasulullah SAW
bermaksud: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab. Di sisi orang (yang berdoa) itu ada malaikat yang mencatatnya. Setiap kali orang itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, maka malaikat mengucapkan: 'Semoga Allah memabulkan dan untukmu juga seperti itu.
'"

1680393873175.png

Pertolongan Allah SWT akan sentiasa hadir bagi orang yang berusaha menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang berada dalam kesusahan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat."

Semoga hadis-hadis ini menjadi pedoman dan rahmah kepada semua yang membacanya.
 
  • Heart
Reactions: Genatjobs