Information PERKONGSIAN ILMU

Show informational about something

PekaWhiteHat

DFM Hackers
DFM Hackers
LV
0
 
20 Sep 2021
18
257
21
DragonCoin
625,058.00
Assalamualaikum, dengan berbaki beberapa hari lgi untuk puasa , jom sama ii kita refresh balik tentang amalan yang dilakukan yang ada hanya dibulan yang penuh barokah dan mulia iaitu ramadhan . Topik yang saya akan membincangkan pada harini ialah solat terawih , jadi jom kita sama-sama mengulangkaji balik apa yang pernah kita belajar dulu

Latar belakang



Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan Tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirehat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.



Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.





DALIL



Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W sangat menggalakkan sembahyang Tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Baginda bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran daripada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.



Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah S.A.W mengerjakan sembahyang Tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat yang mengikutinya. Pada malam berikutnya, baginda S.A.W mengerjakannya lagi di masjid; sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga, sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi baginda tidak hadir. Besok paginya, Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan











HUKUM



Hukum mengerjakan sembahyang Tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.





Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat Tarawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat Tarawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat Tarawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Quran.







CARA SOLAT TERAWIH



Waktu sembahyang Tarawih ini adalah selepas menunaikan sembahyang fardhu (Isyak) sehinggalah larut malam. Sembahyang Tarawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.



Solat Sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat Sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat Sunat Tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.[perlu rujukan]



Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:


1644077457872.png


Maksudnya :Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat, menjadi makmum kerana Allah Taala.



Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih. Salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arba'a raka'atin" (empat rakaat).[





BILANGAN RAKAAT



Pada zaman Rasulullah S.A.W, sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula, beliau menambah lagi bilangan rakaat sehingga 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.[perlu rujukan]



Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya, masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir. [perlu rujukan]



Sembahyang Tarawih boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih daripada empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk dalamnya sembahyang witir.”



Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat Tarawih, Rasulullah S.A.W tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”.



Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat Tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau mendapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.



Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabiin dalam Fathul Bari yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat Tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.[1]



Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang Tarawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali Tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.





KELEBIHAN SEMBAHYANG TERAWIH



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah S.A.W mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.



KITAB DZURROTUN NASIHIN



Sholat Tarawih menjadi salah satu ibadah yang disunahkan selama bulan Ramadhan. Hukumnya adalah sunah muakad, artinya sangat dianjurkan melaksanakannya karena di dalamnya terdapat berbagai macam keistimewaan. Berikut Fadhilah (keutamaan shalat Tarawih mulai dari malam pertama hingga malam ke tiga puluh menurut KItab Dzurrotun Nasihin.



Malam pertama

عن على بن ابى طالب رضى الله تعالى عنه انه قال سئل النبى عليه الصلاة والسلام عن فضائل التراويح فى شهر رمضان فقال يخرج المؤمن من ذنبه فى اول ليلة كيوم ولدته امه



Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib Ra. bahwa sesungguhnya Ali berkata: Nabi Alaihis sholatu was salamu ditanya tentang keutamaan tarawih di bulan Ramadhan. Maka Nabi menjawab: “Pada malam pertama keluarlah dosa orang mukmin (yang melakukan tarawih) sebagaimana ibunya melahirkan ia di dunia.



Malam ke 2

وفى الليلة الثانية يغفر له ولأبويه ان كان مؤمنين



Pada malam yang ke 2, orang yang shalat tarawih akan diampuni dosanya dan dosa kedua orangtuanya jika keduanya mukmin.



Malam ke 3

وفى الليلة الثالثة ينادي ملك من تحت العرش استأنف العمل غفر الله ما تقدم من ذنبك



Pada malam yang ke 3, malaikat di bawah Arasy berseru, mulailah melakukan amal kebaikan (shalat tarawih) maka ALLAH akan mengampuni dosamu.



Malam ke 4

وفى الليلة الرابعة له من الاجر مثل قراءة التورات والانجيل والزبور والفرقان



Pada malam yang ke 4, bagi yang melakukan tarawih dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur’an.



Malam ke 5

وفى الليلة الخامسة اعطاه الله تعالى مثل من صلى فى المسجد الحرام و المسجد المدينة والمسجد الاقصى



Pada malam yang ke 5, ALLAH memberikan pahala bagi yang tarawih sebagaimana pahalanya orang yang shalat di Masjidil Haram, Masjid Madinah/Nabawi dan Masjidil Aqsha



Malam ke 6

وفى الليلة السادسة اعطاه الله تعالى ثواب من طاف بالبيت المعمور ويستغفر له كل حجر ومدر



Pada malam yang ke 6, ALLAH memberikan pahala pada yang bertarawih sebagaimana pahalanya orang yang tawaf di Baitul Makmur dan setiap batu dan tanah memintakan ampunan padanya.



Malam ke 7

وفى الليلة السابعة فكأنما ادرك موسى عليه السلام ونصره على فرعون وهامان



Pada malam yang ke 7, yang melakukan tarawih seakan-akan menemui zaman Nabi Musa As dan menolongnya dari serangan Fir’aun dan Haman.



Malam ke 8

وفى الليلة الثامنة اعطاه الله تعالى ما اعطى ابراهيم عليه السلام



Pada malam yang ke 8, ALLAH akan memberi anugerah sebagaimana anugerah yang diberikan pada Nabi Ibrahim Alaihis salam.



Malam ke 9

وفى الليلة التاسعة فكأنما عبد الله تعالى عبادة النبى عليه الصلاة والسلام



Pada malam yang ke 9, seolah-olah orang yang tarawih beribadah pada ALLAH sebagaimana ibadahnya para Nabi Alaihis sholatu was salam.



Malam ke 10

وفى اليلة العاشرة يرزقه الله تعالى خيرى الدنيا والآخرة



Pada malam yang ke 10, ALLAH akan memberi rezeki yang lebih bagus di dunia maupun akhirat bagi yang tarawih.



Malam ke 11

وفى الليلة الحادى عشرة يخرج من الدنيا كيوم ولد من بطن امه



Pada malam yang ke 11, orang yang tarawih kelak ia akan keluar dari dunia (mati) seperti hari di mana ia baru dilahirkan dari perut ibunya.



Malam ke 12

وفى الليلة الثانية عشرة جاء يوم القيامة ووجهه كالقمر ليلة البدر



Pada malam yang ke 12, pada saat hari Kiamat datang wajahnya orang yang tarawih bersinar bagaikan rembulan di malam purnama.



Malam ke 13

وفى الليلة الثالثة عشرة جاء يوم القيامة أمنا من كل سوء



Pada malam yang ke 13, pada saat hari Kiamat tiba orang yang tarawih akan selamat dari segala macam keburukan.



Malam ke 14

وفى الليلة الرابعة عشرة جاءت الملائكة يشهدون له انه قد صلى التراويح فلا يحاسبه الله يوم القيامة



Pada malam yang ke 14, malaikat pada menjadi saksi bagi yang tarawih bahwa ia sudah melakukan shalat tarawih maka ALLAH tidak menghisabnya besok di hari Kiamat.



Malam ke 15

وفى الليلة الخامسة عشرة تصلى عليه الملائكة وحملة العرش والكرسى



Pada malam yang ke 15, para malaikat dan para malaikat penyangga Arasy dan para malaikat penjaga kursi kerajaan langit pada memintakan ampunan pada orang yang shalat tarawih.



Malam ke 16

وفى الليلة السادسة عشرة كتب الله له براءة النجاة من النار وبراءة الدخول من الجنة



Pada malam yang ke 16, ALLAH akan mencatat kebebasan selamat dari neraka dan kebebasan masuk surga bagi yang tarawih.



Malam ke 17

وفى الليلة السابعة عشرة يعطى مثل ثواب الانبياء



Pada malam yang ke 17, yang tarawih akan diberi pahala sebagaimana pahalanya para Nabi.



Malam ke 18

وفى الليلة الثامنة عشر نادى ملك ياعبد الله ان الله رضى عنك وعن والديك



Pada malam yang ke 18, malaikat telah berseru (pada yang tarawih) wahai hamba ALLAH, sesungguhnya ALLAH telah meridhaimu dan kedua orangtuamu.



Malam ke 19

وفى الليلة التاسعة عشرة يرفع الله درجاته فى الفردوس



Pada malam yang ke 19, ALLAH akan mengangkat derajat-derajat yang tarawih di surga firdaus.



Malam ke 20

وفى الليلة العشرين يعطى ثواب الشهداء والصالحين



Pada malam yang ke 20, orang tarawih akan diberi pahala seperti pahala orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh.



Malam ke 21

فى الليلة الحادية والعشرين بنى الله له بيتا فى الجنة من النور



Pada malam yang ke 21, ALLAH akan membangunkan rumah di surga yang terbuat dari cahaya untuk yang tarawih.



Malam ke 22

وفى الليلة الثانية والعشرين جاء يوم القيامة امنا من كل غم وهم



Pada malam yang ke 22, jika hari Kiamat tiba maka yang tarawih akan selamat dari segala bentuk kesusahan dan kebingungan.



Malam ke 23

وفى الليلة الثالثة والعشرين بنى الله له مدينة فى الجنة



Pada malam yang ke 23, ALLAH akan membangunkan kota di dalam surga bagi yang tarawih.



Malam ke 24

وفى الليلة الرابعة والعشرين كان له اربع وعشرون دعوة مستجابة



Pada malam yang ke 24, orang yang tarawih akan memperoleh 24 doa yang mustajab/manjur.



Malam ke 25

وفى الليلة الخامسة والعشرين يرفع الله تعالى عنه عذاب القبر



Pada malam yang ke 25, ALLAH akan menghilangkan siksa kubur dari orang yang tarawih.



Malam ke 26.

وَفِى اللَّيْلَةِ السَّادِسَةِ وَاْلعِشْرِيْنَ يَرْفَعُ اللهُ لَهُ ثَوَابَهُ اَرْبَعِيْنَ عَامًا.



Pada malam yang ke 26, ALLAH meningkatkan baginya pahala selama empat puluh tahun.



Malam ke 27

وَفِى اللَّيْلَةِ السَّابِعَةِ وَاْلعِشْرِيْنَ جَازَ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ عَلَى الصِّرَاطِ كَاْلبَرْقِ اْلخَاظِفِ.



Pada malam yang ke 27, di hari Kiamat dia melewati jembatan (syirathal mustaqim) dengan mudah lagi cepat laksana halilintar menyambar.



Malam ke 28

. وَفِى اللَّيْلَةِ الثَّامِنَةِ وَاْلعِشْرِيْنَ يَرْفَعُ اللهُ لَهُ اَلْفَ دَرَجَةٍ فِى اْلجَنَّةِ.



Pada malam yang ke 28, ALLAH mengangkat seribu derajat baginya di dalam surga.



Malam ke 29

. وَفِى اللَّيْلَةِ التَّاسِعَةِ وَاْلعِشْرِيْنَ أَعْطَاهُ اللهُ ثَوَابَ اَلْفِ حِجَّةٍ مَقْبُوْلَةٍ.



Pada malam yang ke 29, ALLAH memberikan kepadanya pahala seribu ibadah haji yang diterima.



Malam ke 30

. وَفِى اللَّيْلَةِ الثَّلاَثِيْنَ يَقُوْلُ اللهُ ” يَاعَبْدِى كُلْ مِنْ ثِمَارِ اْلجَنَّةِ وَاغْتَسِلْ مِنْ مَاءِ السَّلْسَبِيْلِ وَاشْرَبْ مِنَ اْلكَوْثَرِ مِنَ اْلكَوْثَرِ اَنَارَبُّكَ وَاَنْتَ عَبْدِى.



Pada malam yang ke 30, Allah SWT berfirman: ”Makanlah buah-buahan surga, mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari telaga kautsar, aku adalah Tuhanmu dan Engkau adalah hambaku.” (RB)