Information PLATFORM MEDIA SOSIAL, MESEJ INTERNET "Perlu Mohon Lesen"

Show informational about something

NETWorkX

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
8 Jul 2022
188
1,017
somewhere only we know
DragonCoin
27.00
Rumah minecraft
Shark
Apple Macbook Pro 13
Ancient Dragon
Frost Dragon
Smart Stereo Headset SM0087

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Topik Utama Kita Pada Malam Ini: Platform Media Sosial, Mesej Internet "Perlu Mohon Lesen"
Pada 27 July 2024: Kita telah di kejutkan tentang perkara yang cukup hangat iaitu Platform Media Sosial, Internet "Perlu memohon lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKTA 588).

1.SOALAN: kalau ada orang taknak ambik lesen itu macam mana, adakah dikenakan apa-apa tindakan?
JAWAPAN: ya akan dikenakan tindakan, kegagalan mana-mana perkhidmatan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh di ambil mengikut (AKTA 588).

BERIKUT ADALAH SOALAN-SOALAN LAIN:

1.Adakah di masa akan datang platform seperti "Forum" juga memerlukan Lesen?
2.Adakah dengan adanya lesen tersebut, identiti yang berlatar belakang "Blackhat" akan di kenali oleh ramai orang mahupun agensi kerajaan sendiri?
3.Adakah itu demi memerangi peningkatan kes jenayah siber, buli siber dan sebagainya?
4.Apakah dengan adanya lesen ini bakal mewujudkan ekosistem dalam talian selamat serta pengalaman yang lebik baik untuk pengguna, terutama buat kanak-kanak dan seisi kelurga?

Bincangkan Pendapat anda di ruangan komen
 
Last edited:
  • Wow
Reactions: kwafeLt

kwafeLt

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
9 Aug 2022
128
3,061
Lodging Mahfuzah
DragonCoin
16,692.00
waalaikumussalam,

Pada pendapat saya, ini bukanlah sesuatu yg mengejutkan. Naratif ini sebenarnya boleh di-nilai atau di-baca sebagai lips-service yg berbaur politik. Atau mungkin, jika kita fahami isu-pokok; akta-588 mula dibincangkan awal tahun ini berkaitan dengan isu 3R, iaitu 'race' (bangsa), 'religion' (agama) dan 'royalty' (raja). Isu yg mulai memanas apabila ramai orang yg kurang bijak menjadi popular dengan mengungkapkan kata-kata kebencian yang mengguris mana-mana elemen dalam akronim-3R.

Dan entah kenapa, perbincangan ini tidak berkesudahan dan berlarutan panjang sehingga cadangan perlesenan pula mula di-perkatakan.

Kembali kepada perbincangan yang saya tak mahu ulas panjang; di-sini saya berikan maklum balas yang saya rasakan sesuai dan tidak terlalu hiperbola.



Berikut merupakan respon saya terhadap persoalan saudara:

0. saya tidak perlu ambil lesen itu dan TIADA tindakan undang-undang yg boleh dikenakan terhadap saya kerana cadangan perlesenan tersebut jika kita fahami, ia di-tujukan kepada pihak penyedia platform dan BUKAN kepada pengguna (user).

1. pihak kerajaan boleh sahaja berkata itu dan ini serta menjerit bahawa platform seperti forum juga memerlukan lesen; ya, kenapa tidak..? cuma, kita perlu hadami juga, mereka mungkin boleh meletakkan had terhadap trafik internet, tetapi pergerakan beberapa-petabyte-data yang berleluasa dalam internet bukanlah sesuatu yang boleh/mampu di-kendalikan oleh mana-mana organisasi.

2. katakan dengan adanya lesen tersebut, adakah identiti 'blackhat' akan dikenali umum..? entahlah, kerana ramai orang boleh sahaja beli topi-hitam dekat pasar-malam dengan harga murah (terdapat-metafora-di-situ); tetapi 'blackhat' yang benar-benar 'nadir' tidak sesekali menggunakan 2FA dengan nombor telefon yang ada nama penuh mereka dalam registry.

3. adakah demi memerangai kes jenayah siber (buli, online-scam, peras-ugut-digital) dan sebagainya..? tidak juga, kerana data-data yang berkaitan akan menjadi penting dan hanya di-perlukan selepas berlakunya kes-jenayah atau sebaik sahaja ada yang menjadi mangsa; tetapi pada hari-hari biasa, ia sekadar di-fantasi-kan LAKU dekat mana-mana platform web-gelap.

Tambahan lagi, jika nak kata dengan jenayah; mencegah lebih baik dari mengubati kerana ia sentiasa berkaitan dengan kesilapan manusia, bukannya sistem.

- Buli siber..? kebiasaannya mangsa yg mulakan dahulu keluarkan kenyataan kurang pintar yg trigger mana-mana netizen, dan apabila di-serang balik, dia sendiri yang koyak. siapa pula yang sengaja nak buli orang lain dalam internet tanpa sebab melainkan mangsa sendiri yang menjemputnya untuk di-perlakukan begitu.

- online-scam..? nak rompak wang seseorang dalam talian tidak semudah itu; tidak semudah QR, tidak semudah PAYLOADs. Melainkan dengan kaedah 'social-engineering' yang menyasarkan tingkah-laku dan kelemahan-insani.

- peras-ugut-digital..? entahlah, kenapa dia VC-tanpa-se-urat-benang..? kan-aneh-tu.

4. respon untuk persoalan ke-4 agak kurang relevan bagi skop tajuk & topik-utama. Lesen ini tidak ber-upaya untuk mewujudkan ekosistem dalam talian yang selamat buat pengguna, kanak-kanak dan seisi-keluarga.

kenapa saya katakan demikian..? Kerana pornografi, LGBTQ+, web-perjudian, dan lain-lain kandungan SE-RAEL dalam internet TIDAK termasuk dalam perbincangan topik utama atau dalam kata mudah ia bukanlah platform MEDIA-SOSIAL & MESEJ Internet.



Sungguhpun begitu, pendapat saya ini tidaklah penting dan kita semua boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.
README