Information Puluhan cedera dalam pertempuran di upacara pengebumian lelaki Palestin

Show informational about something

Miyoo

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
28 Apr 2022
18
56
DragonCoin
5,960.00
BAITULMAKDIS: Lebih 70 warga Palestin cedera dalam pertempuran semalaman dengan pasukan Israel di upacara pengebumian di Baitulmakdis pada Selasa (17 Mei) dalam kejadian yang disifatkan polis sebagai "rusuhan ganas" yang mengancam nyawa pegawainya.

Pertempuran itu berlaku sedang warga Palestin mengebumikan Walid al-Sharif, 23 tahun, yang meninggal dunia pada Sabtu (14 Mei) akibat kecederaan yang dialaminya ketika pertempuran di pekarangan Masjid Al-Aqsa bulan lalu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan kecederaan itu berlaku "ketika pertempuran dengan pasukan Israel", dengan polis melepaskan peluru getah dan 'stun grenade' yang menghasilkan bunyi ledakan kuat dan silauan cahaya di sekitar Bandar Lama Baitulmakdis.

Jenazah Walid diusung oleh orang ramai ke pekarangan Al-Aqsa dan dibawa melalui Pintu Herod di Bandar Lama sebelum dikebumikan di perkuburan berdekatan.

Menurut polis "keganasan berlaku semasa dan selepas pengebumian itu, termasuk di kubur". Seramai enam pegawai cedera.

"Pasukan Israel bertindak tegas terhadap ratusan orang yang melanggar undang-undang dan perusuh yang bertindak ganas terhadap pasukan polis dan menmbahayakan nyawa mereka," menurut kenyataan polis.

Warga Palestin "melontarkan batu, botol dan barang berat lain, selain melancarkan bunga api ke arah polis," tambahnya.

Kumpulan sokongan Kelab Tahanan Palestin menyatakan lebih 50 orang diberkas.

Namun, polis menyatakan hanya 15 ditahan.

Pertempuran itu berlaku hanya beberapa hari selepas polis menyerbu upacara pengebumian wartawan veteran Al Jazeera Shireen Abu Akleh yang ditembak mati semasa serbuan tentera Israel di Tebing Barat.

Penduduk Palestin dan rangkaian TV Al Jazeera menyatakan wartawan itu dibunuh tentera Israel, manakala Israel pula mendakwa tembakan Palestin mungkin adalah puncanya.

Kejadian itu dikecam kuat merata dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Vatican