Satu kajian tentang keupayaan otak manusia telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University Oxford, U.K. Penyelidikan yang diketuai oleh neurosaintis bernama Roi Cohen Kadosh itu mendapati, apabila otak manusia dikenakan rangsangan elektrik berkuasa rendah yang selamat, keupayaan otak manusia akan meningkat, khususnya melibatkan matematik.
Hasil dapatan kajian itu diperolehi menerusi uji kaji yang dijalankan ke atas 15 sukarelawan selama 6 hari. Sepanjang uji kaji itu berlangsung, peserta yang terlibat akan menerima rangsangan elektrik rendah pada bahagian otak yang dikenali sebagai parietal lobes selama 20 minit, iaitu bahagian otak yang memainkan peranan penting dalam proses pengiraan.
Kesimpulan hasil daripad uji kaji yang dijalankan penyelidik didapati bahawa, rangsangan elektrik ke atas otak mampu meningkat keupayaan matematik sukarelawan tersebut. Penyelidik juga menyimpulkan, rangsangan elektrik rendah ke atas otak manusia mungkin dapat mengubati pesakit yang lemah upaya dalam matematik seperti mereka yang mengalami disleksia matematik.
Walaubagaimanapun, sehingga kini saintis masih belum memahami sepenuhnya tentang bagaimana rangsangan elektrik meningkatkan keupayaan tertentu otak manusia. Tetapi kebarangkalian yang dapat dipastikan saintis adalah rangsangan eletrik tersebut mempengaruhi kimia di dalam otak yang dipanggil sebagai neurotransmiter.
Sebagai contoh, rangsangan elekrik kemungkinan mengurangkan kesan terhadap neurotransmiter tertentu yang mengganggu atau membantu proses pembelajaran. Namun begitu, penggunaan rangsangan elektrik bagi meningkatkan keupayaan otak manusia dalam bidang matematik menimbulkan dilema dan persoalan etika. Khususnya penggunaannya terhadap otak manusia normal yang dianggap sebagai kelebihan yang tidak adil.
Sumber: national geographic
Dah baca dengan teliti jangan nak buat amali pula