Resipi Resepi Donut

Prefix untuk segala resipi dan juadah makanan atau minuman

aemanbluehat

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
10 Jun 2022
8
46
DragonCoin
2,000.00
Jom cuba resipi donut gebu kegemaran ramai ini. Sesuai dibuat pada hujung minggu bersama anak-anak untuk mengisi masa lapang. Bila dah siap buat, boleh makan puas-puas.

Cara membuatnya sangat mudah dan senang kerana hanya perlu menggunakan 5 bahan. Yang paling penting, menjimatkan masa sebab tak perlu rehatkan doh. Bila dah siap uli, boleh terus goreng tak perlu tunggu lama.

Jom lihat cara-cara membuat donut gebu yang merupakan perkongsian oleh Noorazline Ridda di bawah. Semoga bermanfaat!

Resipi Donut Gebu Guna 5 Bahan​

Bahan A:​

  • 2 sudu besar yis
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 3/4 cawan air suam
  • 1 sudu teh garam
Campurkan semua bahan dan biarkan campuran yis kembang.

donut gebu



Bahan B:​

  • Marjerin 2 sudu
  • Tepung gandum 2 cawan
Gaulkan bahan B menggunakan tangan sahaja.

resipi-donut-gebu-2-400x533.jpg



Cara-cara:​

1. Campurkan bahan A dan bahan B. Masukkan campuran air sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih air.

2. Uli menggunakan tangan sehingga tiada adunan melekat pada tangan.

3. Bulat-bulatkan doh menjadi lebih kecil.

4. Buat buat kecil di tengah-tengah menggunakan jari sahaja.

resipi donut gebu



5. Bila dah siap, dah boleh terus goreng.

resipi-donut-gebu-6-400x533.jpg


6. Boleh salut dengan gula atau coklat mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
resipi donut gebu
 

ShiBakuTensEi

DFM Hackers
DFM Hackers
LV
0
 
16 Jan 2022
848
2,552
Luc1d Dr34m
DragonCoin
5,002,418.00
Rumah Kampung
Villa DFM
Apple TV
Rumah sewa rm50
Apple Watch Series 7
Lamborghini Veneno
Nampak mcm mudah ja ni boleh try time free nanti, alright, terima kasih atas resepi nya bro, teruskan hasilkan resepi yang menarik untuk dikongsi bersama kami dilain hari . Terbaik 👍