SARJAN HASSAN WIRA BERBAKTI

saifulnizam

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
30 Jul 2021
9
81
Selangor
DragonCoin
4,000.00
Salam kemerdekaan Malaysia.

Sempena bulan kemerdekaan negara kali ke 64 ni, aku nak share kisah tentang Sarjan Hassan. Siapa dia sebenarnya? Mungkin ada antara korang pernah tonton filem Sarjan Hassan lakonan allahyarham TS P. Ramlee yang sememangnya cukup padu melaungkan semangat menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Walaupun begitu, filem yang ditayangkan tu naratifnya sedikit menyimpang dari kisah sebenar hidup seorang pejuang bernama Sarjan Hassan Othman ini.


sarjan hassan.jpg


Aku nak tulis panjang-panjang sangat pun bukan korang nak baca ye tak? Nanti ada yang suruh lukis pulak! :) Anyway.. Aku kongsikan fakta-fakta menarik tentang Sarjan Hassan.

1. Sarjan Hassan merupakan askar Melayu yang cukup hebat dengan kejayaannya membbunuh 11 orang komunis dalam tempoh 3 tahun sejak 1950 hingga 1953.

2. Lahir pada 15hb Februari 1927 di Kg. Pantai, Seremban. Hanya menyertai dan menjalani latihan ketenteraan selepas melalui pengalaman ngeri apabila isteri dan keluarganya terbunuh kejam dalam satu peristiwa serangan komunis.

3. Terdapat maklumat mengatakan Sarjan Hassan berjaya membunuh 54 anggota Bintang Tiga sepanjang perkhidmatan beliau dan pernah perolehi pelbagai pengiktirafan dari Ratu England dan kerajaan British.

4. Sarjan Hassan juga terlibat dalam menggagalkan usaha 400+ anggota komunis di Rawang untuk sabotaj kemerdekaan negara, 10 hari sebelum 31hb Ogos 1957.

Walaupun hari ini kita tak perlu lagi berperang macam dulu-dulu dengan komunis tetapi teruslah waspada dari segi penjajahan ideologi anak muda hari ini sebagai pelapis pemimpin negara. Korang jangan asyik berperang PUBG je, mantapkan juga penguasaan ilmu seperti mana yang banyak terhidang di forum DragonForce Malaysia ni.

Semoga allahyarham Sarjan Hassan dirahmati Allah SWT atas jasa dan baktinya untuk agama, bangsa dan negara. Bersama kita hayati erti kemerdekaan dan nikmatinya dengan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Akhir sekali aku tutup dengan pantun.

Perwira handal bermain senjata,
Bijak pula bermadah seloka,
Aman harmoni Malaysia sejahtera,
Berkat usaha wira merdeka.

#SaifulNizam
 

BuBat

DragonForce Esport
DFM Leader
LV
0
 
5 Jun 2021
1,305
2,545
HQ DragonForce Esport
DragonCoin
4,340.00
Salam kemerdekaan Malaysia.

Sempena bulan kemerdekaan negara kali ke 64 ni, aku nak share kisah tentang Sarjan Hassan. Siapa dia sebenarnya? Mungkin ada antara korang pernah tonton filem Sarjan Hassan lakonan allahyarham TS P. Ramlee yang sememangnya cukup padu melaungkan semangat menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Walaupun begitu, filem yang ditayangkan tu naratifnya sedikit menyimpang dari kisah sebenar hidup seorang pejuang bernama Sarjan Hassan Othman ini.


View attachment 7970


Aku nak tulis panjang-panjang sangat pun bukan korang nak baca ye tak? Nanti ada yang suruh lukis pulak! :) Anyway.. Aku kongsikan fakta-fakta menarik tentang Sarjan Hassan.

1. Sarjan Hassan merupakan askar Melayu yang cukup hebat dengan kejayaannya membbunuh 11 orang komunis dalam tempoh 3 tahun sejak 1950 hingga 1953.

2. Lahir pada 15hb Februari 1927 di Kg. Pantai, Seremban. Hanya menyertai dan menjalani latihan ketenteraan selepas melalui pengalaman ngeri apabila isteri dan keluarganya terbunuh kejam dalam satu peristiwa serangan komunis.

3. Terdapat maklumat mengatakan Sarjan Hassan berjaya membunuh 54 anggota Bintang Tiga sepanjang perkhidmatan beliau dan pernah perolehi pelbagai pengiktirafan dari Ratu England dan kerajaan British.

4. Sarjan Hassan juga terlibat dalam menggagalkan usaha 400+ anggota komunis di Rawang untuk sabotaj kemerdekaan negara, 10 hari sebelum 31hb Ogos 1957.

Walaupun hari ini kita tak perlu lagi berperang macam dulu-dulu dengan komunis tetapi teruslah waspada dari segi penjajahan ideologi anak muda hari ini sebagai pelapis pemimpin negara. Korang jangan asyik berperang PUBG je, mantapkan juga penguasaan ilmu seperti mana yang banyak terhidang di forum DragonForce Malaysia ni.

Semoga allahyarham Sarjan Hassan dirahmati Allah SWT atas jasa dan baktinya untuk agama, bangsa dan negara. Bersama kita hayati erti kemerdekaan dan nikmatinya dengan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Akhir sekali aku tutup dengan pantun.

Perwira handal bermain senjata,
Bijak pula bermadah seloka,
Aman harmoni Malaysia sejahtera,
Berkat usaha wira merdeka.

#SaifulNizam
Terima kasih atas maklumat sejarah wira negara . Al Fatihah ( dibaca )
 
  • Like
Reactions: saifulnizam