Alert SEDIA UNTUK MENJADI BAWANG?

This prefix use to attract extra attention from user
Status
Not open for further replies.

Tanah melayu

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
4 Jun 2021
882
9,849
🛑ㄒ卂几卂卄_爪乇ㄥ卂ㄚㄩ🛑
DragonCoin
4,736.00
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Salam Sejahtera kepada semua user forum DragonForce Malaysia yang saya sayangi sekalian.

Pernah dengar tentang Bawang Rangers dekat luar sana? Mesti pernahkan? Kali ini DragonForce Malaysia telah membawa Bawang Rangers ke dalam forum ini.

Bawang rangers ini pantang kalau ada kisah-kisah yang tengah hot jadi viral tau? Mesti akan cuba untuk viral kan dekat mana-mana media sosial yang mereka ada.

Pernah tak anda semua terfikir seperti ini apabila akaun laman media sosial disekat hanya disebabkan anda semua share sesuatu yang viral?

"Ada tak satu tempat yang boleh saya share sesuatu tanpa saya kena sekat?"

Apa kata anda cuba jadi Bawang Rangers dekat dalam DragonForce Malaysia?




Siapa yang layak menjadi bawang?
• Aktif bersembang di ruangan chat (chatroom).

• Aktif membuat bebenang (thread).

• Aktif di forum sekurang kurangnya 2 jam.

• Mempunyai personaliti dan perwatakan menarik serta tersendiri.

• Terima segala tekanan (jiwa kental).

• Tiada rekod kesalahan sepanjang menjadi ahli.

• Mampu memberi komitmen dengan memberi idea bila team memerlukan idea.

• jangan sombong bila dah bertitle kan bawang apa apa title sekali pun,tegur lah semua (kita semua family).

•Peka dengan isu semasa.

•Rajin dan selalu melayari media sosial.




Peranan atau Tanggungjawab BR DFM
• membuat bebenang (thread) mengenai isu semasa

• memeriahkan ruangan chat bawang (chatroom)

• aktif 'membawang' dan menyampaikan pendapat di ruangan bebenang.

• menyambut ahli baru bila ada ahli lama yang terlepas pandang

• menjadi contoh dan teladan yang baik kepada ahli yang lain

• menegur ahli yang tidak memgemaskini avatar/gambar profil @ reply di ruangan thread tanpa multi-quote

• sentiasa pantau chat di forum bawang /waspada tentang isu isu terhangat/perhati kan thread comunity dan arena.


🇼🇪•  🇦🇷🇪•  🇧🇦🇼🇦🇳🇬 • 🇷🇦🇳🇬🇪🇷🇸🧄🇲🇾



Untuk pengetahuan anda semua, Bawang Rangers DragonForce Malaysia ini merupakan barisan hadapan ataupun lebih dikenali sebagai "frontliner" di dalam forum ini. Oleh sebab itu, kami agak strict sikit dalam memilih Bawang Rangers untuk DragonForce Malaysia. Hal ini kerana, Bawang Rangers di dalam DragonForce Malaysia tidak sama dengan Bawang Rangers di luar sana.


"Jika Bawang Rangers di luar sana lebih kepada Bawang Merah, bagi Bawang Rangers DFM lebih kepada Bawang Putih."


Kenapa bawang putih?
Sebab di sini, Bawang DFM tidak mengamalkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh semasa membawang, tidak maki-hamun, tidak membawa isu yang membawa sensitiviti kepada sesetengah pihak. Pendek kata, Bawang DFM penuh dengan kesopanan semasa membawang.

#squadbawangrangers🧄
#amanah_bertanggungjawab🤝
#cyber_Tempur_rakyat_malaysia🇲🇾
#dragonforce_Io_Malaysia🇲🇾
 
Last edited by a moderator:
Status
Not open for further replies.