Announcement Segmen DFM Bersama Influencer di iRadio DFM: Habibullah Aziz

DFM Staff Announcement Prefix

RMJ

DFM DJ
DFM DJ
LV
0
 
16 Jul 2021
29
2,539
DragonCoin
5,138.00
Apple Macbook Pro 13
LG HBS-730 Neckband Wireless Headset
DFM logo.png
DFM_io.png

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga komuniti DragonForce Malaysia

Berita baik untuk anda pada malam ini, segmen DFM bersama influencer akan bersiaran ke udara secara langsung di portal rasmi iRadio DFM #RadioTempurRakyatMalaysia. Untuk pengetahuan anda yang masih lagi baru dan belum mengetahui berkenaan segmen khas ini, kami barisan DJ akan menjemput tetamu jemputan khas terdiri daripada beberapa influencer yang terkenal. Pada sesi sebelum ini, anda boleh lihat dalam pautan di bawah untuk rujukan:

Tetamu khas pada malam ini adalah seorang aktivis NGO yang giat melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Ikuti kisah beliau pada malam ini iaitu Encik Habibullah Aziz yang merupakan COO Hayrat Relief dengan tema yang disajikan khas buat para pendengar di iRadio DFM: Kemanusiaan dan Risalah An-Nur. Berikut merupakan poster untuk kemunculan Habibullah Aziz di iRadio DFM:

1633257692952.png

Mungkin ada dalam kalangan kita yang ingin bertanyakan soalan berkenaan NGO dan apakah peranan mereka dalam negara dan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, anda juga boleh mengutarakan soalan dan ucapan kepada tetamu khas yang kami bawakan di forum DragonForce Malaysia dan portal rasmi iRadio DFM.


Seperti biasa, jam 10 malam ini waktu yang sama dan DJ yang sama iaitu DJ @Jen yang akan bersama dengan anda semua bertanyakan terjahan koleksi soalan yang pastinya eksklusif hanya di iRadio DFM.

Justeru, kami menjemput semua warga komuniti DragonForce Malaysia dan seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melayari portal radio rasmi DragonForce pada jam 10 malam ini dan setiap hari. Hebahkan kepada rakan-rakan anda. Jumpa anda pada malam ini! Jangan lupa temu janji kita!​

 
Last edited by a moderator: