Information Seorang Bapa Secara Tidak Sengaja 'Mematikan' Seluruh Internet Bandar

Show informational about something

Wicther

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
16 Jun 2021
1,485
5,204
21
DragonCoin
5,650.00
FB_IMG_1645160883204.jpg
Kanak-kanak pada era kini seringkali diberikan gajet untuk 'membantu' mereka mendiamkan diri apabila mula 'meragam'. Tetapi, jika orang dewasa pun masih kurang cakna cara untuk menyederhanakan masa skrin (screen on time) mereka, apatah lagi anak kecil. Ketagihan gajet ialah suatu isu era baru yang menjadi masalah kepada ramai ibu bapa.

Oleh itu, dalam usaha terdesak untuk membuat anak-anaknya berhenti daripada mengadap gajet, seorang lelaki di Perancis nampaknya telah mematikan sambungan internet seluruh bandarnya secara tidak sengaja. Dia kini berdepan hukuman penjara enam bulan kerana gangguan yang dilakukan olehnya itu.

Laporan dari outlet France Bleu mengatakan, seorang bapa yang tidak disebutkan namanya itu cuba menggunakan 'signal jammer' band berbilang gelombang untuk memutuskan sambungan internet buat sementara waktu di kediamannya, di bandar Messanges.

'Signal jammer', yang menyalahi undang-undang di Perancis (dan juga di AS), berfungsi dengan cara mengganggu isyarat telekomunikasi, sekali gus menyekat sambungan internet. Walaupun menyalahi undang-undang, seringkali terdapat individu yang diberkas pihak berkuasa kerana menggunakannya.

Dalam kes ini, bapa berkenaan menggunakan peranti itu dengan harapan dapat menjauhkan anak-anaknya yang ketagih media sosial daripada 'cengkaman' ketagihan terhadap peranti mereka. Apabila disoal oleh pegawai kerajaan kemudiannya, lelaki itu nampaknya mengakui bahawa dia hanya mahu memutuskan sambungan internet ke rumah pada waktu malam, iaitu antara tengah malam dan 3 pagi dalam usaha memaksa anak-anaknya untuk tidur.

Malangnya, peranti penyekat internet itu cukup kuat untuk memutuskan sambungan bukan sahaja ke kediamannya sendiri, tetapi tanpa disedarinya juga menyekat ramai orang lain di kawasan sekitar. Jiran-jiran akhirnya mula melaporkan gangguan yang berlaku, yang menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menyiasat.

Lelaki itu kini berdepan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak 30,000 euro.

Sumber: https://nypost.com/2022/02/17/dad-faces-jail-for-blocking-towns-internet-to-cut-kids-screen-time/

#OMGHNews #Jammer
#JemKepalaOtak
 

Grimmy081

DFM Bawang Rangers
DFM Bawang Rangers
LV
0
 
5 Jun 2021
2,288
26,471
In your darkest nighmare
DragonCoin
9,126.00
Tart Nenas
Dragon Nest (드래곤네스트)
Eagle
Black Dragon
Rawr The Fat Tiger
Ancient Piranha
🤣🤣🤣
View attachment 19102
Kanak-kanak pada era kini seringkali diberikan gajet untuk 'membantu' mereka mendiamkan diri apabila mula 'meragam'. Tetapi, jika orang dewasa pun masih kurang cakna cara untuk menyederhanakan masa skrin (screen on time) mereka, apatah lagi anak kecil. Ketagihan gajet ialah suatu isu era baru yang menjadi masalah kepada ramai ibu bapa.

Oleh itu, dalam usaha terdesak untuk membuat anak-anaknya berhenti daripada mengadap gajet, seorang lelaki di Perancis nampaknya telah mematikan sambungan internet seluruh bandarnya secara tidak sengaja. Dia kini berdepan hukuman penjara enam bulan kerana gangguan yang dilakukan olehnya itu.

Laporan dari outlet France Bleu mengatakan, seorang bapa yang tidak disebutkan namanya itu cuba menggunakan 'signal jammer' band berbilang gelombang untuk memutuskan sambungan internet buat sementara waktu di kediamannya, di bandar Messanges.

'Signal jammer', yang menyalahi undang-undang di Perancis (dan juga di AS), berfungsi dengan cara mengganggu isyarat telekomunikasi, sekali gus menyekat sambungan internet. Walaupun menyalahi undang-undang, seringkali terdapat individu yang diberkas pihak berkuasa kerana menggunakannya.

Dalam kes ini, bapa berkenaan menggunakan peranti itu dengan harapan dapat menjauhkan anak-anaknya yang ketagih media sosial daripada 'cengkaman' ketagihan terhadap peranti mereka. Apabila disoal oleh pegawai kerajaan kemudiannya, lelaki itu nampaknya mengakui bahawa dia hanya mahu memutuskan sambungan internet ke rumah pada waktu malam, iaitu antara tengah malam dan 3 pagi dalam usaha memaksa anak-anaknya untuk tidur.

Malangnya, peranti penyekat internet itu cukup kuat untuk memutuskan sambungan bukan sahaja ke kediamannya sendiri, tetapi tanpa disedarinya juga menyekat ramai orang lain di kawasan sekitar. Jiran-jiran akhirnya mula melaporkan gangguan yang berlaku, yang menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menyiasat.

Lelaki itu kini berdepan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak 30,000 euro.

Sumber: https://nypost.com/2022/02/17/dad-faces-jail-for-blocking-towns-internet-to-cut-kids-screen-time/

#OMGHNews #Jammer
#JemKepalaOtak
Bapak dia ini mst gang offspring dl 🤣