Information Sindiket beli kad ATM, akaun bank

Show informational about something

GadisWhiteHat

DFM Member
DFM Member
LV
0
 
4 Jun 2021
980
2,800
DragonCoin
4,040.00
scam_siber_1606132569.jpg
KUALA LUMPUR: Ahli sindiket dikesan membayar di antara RM500 hingga RM1,500 kepada individu yang sanggup menjual kad mesin juruwang automatik (ATM) dan akaun perbankan. Kad ATM dan akaun bank terbabit kemudian dijual kepada pihak sindiket lain, sebelum digunakan bagi aktiviti jenayah siber.

Modus operandi sindiket pembekal keldai akaun itu dibongkar hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, sekitar Lembah Klang antara 5 hingga 10 November lalu. Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata dalam operasi itu, pihaknya menahan 10 individu termasuk tiga wanita, berusia di antara 20 hingga 32 tahun.

Beliau berkata, turut dirampas selaras Rifle Air Soft Gun, tiga pistol tiruan, 79 kad ATM, 24 telefon bimbit dan empat komputer riba bagi membantu siasatan. "Sindiket yang beroperasi sejak tahun lalu menggunakan media sosial untuk aktiviti berkenaan dengan menumpukan golongan yang berpendapatan rendah, tidak bekerja, selain mereka yang tidak disenarai hitam oleh bank. "Siasatan mendapati, sindiket itu kemudian menjual akaun dan kad ATM kepada sindiket lain dengan harga RM2,000 hingga RM3,500 bergantung kepada jenis kad serta akaun terbabit.

"Pembekal keldai akaun ini dipercayai mampu menjana pendapatan mencecah RM10,000 sebulan. Ahli sindiket itu sanggup menyewa unit kondominium di antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan untuk mengelak mereka dikesan pihak berkuasa. "Sebahagian besar orang awam yang menjual akaun itu pula dipercayai tidak mengetahui ia digunakan dalam aktiviti jenayah. Bagaimanapun, kita akan ambil tindakan terhadap individu yang tahu perkara itu (kad ATM dan akaun bank digunakan untuk aktiviti jenayah)," katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK Bukit Aman, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, suspek yang mendalangi sindiket itu didapati mempunyai kaitan dengan 32 laporan dibuat mangsa, membabitkan jenayah siber di seluruh negara, dengan kerugian RM1.15 juta. "Semakan lanjut mengesahkan tiga suspek itu mempunyai rekod dadah. "Semua suspek masih dalam tahanan reman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959," katanya. Mengulas kes sama, Zainuddin berkata, pihaknya turut memburu dua lagi individu dikenali sebagai Shawn Lee Kim Boon, 31 dan Ben Lee Kim Soon, 30, bagi membantu siasatan. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan boleh tampil ke balai polis berdekatan untuk berbuat demikian. (Disiarkan pada : November 23 2020)​


 
Last edited: