Beberapa amalan yang boleh ditingkatkan pada 10 malam terakhir Ramadhan.
-Solat Fardhu Berjemaah
-Solat Tarawih sendirian atau berjemaah
-Qiamullail
-Membaca al-Qur’an
-Berselawat
-Bersedekah
-Berzikir dan memperbanyakkan doa
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.
Allah سبحانه وتعالى berfirman;
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
Jangan lepaskan peluang buat sebanyak mungkin amal ibadat ya! Buatlah amalan sepertimana kita menganggap ini Ramadhan terakhir buat kita.