Information #TeamSeas kesinambungan #TeamTrees oleh Mr. Beast

Show informational about something

ShahrulHalim

Moderator
DFM Administrator
LV
0
 
5 Jun 2021
3,733
20,473
34
Aqsa
dragonforce.io
DragonCoin
66,458,989.00
Mystery Box [ LEGENDARY ] 🔥🔥🔥
Tart Nenas
Angry Lion
Perodua Kancil
Black Dragon
Shark
LAYOUT_B.png
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga DFM sekalian

Pada thread kali ini, saya nak ceritakan satu 'laungan' yang patut disahut oleh semua orang. Tak kisahlah bangsa, agama, jantina, waganegara, warna kulit, latar belakang pelajaran dan lain-lain. Semua boleh turut serta.
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal..."
(Al-Hujurat, ayat 13)​

Oklah...apa yang dimaksudkan dengan TeamSeas itu sendiri?

Sama juga seperti TeamTrees, hashtag ni menggunakan format yang sama contohnya seperti Team Rocket dalam Pokemon haha

1200px-Team_Trees_logo.svg-900x227.png


Jika tujuan utama TeamTrees untuk menanam sebatang pokok bagi 1$, tujuan utama crowdfunding ini dijalankan adalah untuk membersihkan 1 pound (0.4535924kg) sampah di laut bagi 1$.

TeamTrees menyasarkan 20 juta dollar AS sebelum 2020
TeamSeas menyasarkan 30 juta dollar AS sebelum 2022

Usaha ini dijalankan oleh seorang lelaki bernama Jimmy Donaldson atau lebih dikenali di Internet, lebih-lebih lagi dalam kalangan YouTuber dan penonton channel Mr. Beast. Begitu juga dengan Mark Rober, seorang Youtuber, engineer dan inventor.

5df10ea5fd9db22bb768a0c4.jpg
mark-rober.jpg


Alhamdulillah, pernah join dulu kempen #TeamTrees walaupun cuma mampu donate 1$ sahaja.

Tapi kalau kita fikir, seorang derma 1$. Populasi dunia pula 7.6B pada waktu tu. Sebenarnnya, dah boleh cover berkali ganda kos yang diperlukan. Belum kira yang donate lebih daripada 1$ (walaupun, dalam 7.6B orang pada waktu tu, mungkin banyak yang tiada akses internet atau pun tidak mampu).

Syukur, pada waktu saya menulis thread ini, kutipan untuk TeamTrees telah pun mencapai 23,573,124
Manakala bagi kempen baru, TeamSeas telah pun mencapai angka 21,470,365

unnamed.png


Sekarang, kebanyakan YouTube antarabangsa turut sama berpartisipasi dalam membuat video-video berkaitan kesedaran tentang pencemaran laut yang mengakibatkan hidupan laut turut terkesan seperti penyu yang kebanyakannya termakan plastik sampah sebab terkeliru dengan obor-obor dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, tema tidaklah strict.

Contohnya, jika channel YouTube tu pasal kek boleh buat satu livestream fundraiser selama sejam contohnya, di mana content creator tersebut boleh bake kek dengan corak logo TeamSeas atau dengan topping penyu contohnya.

Ikut kreativiti masing-masing dan bersama-sama kita menyelamatkan laut daripada pencemaran.

LAYOUT_A.png

Website bagi:
TeamSeas - https://teamseas.org
TeamTrees - https://teamtrees.org
Carian #TeamSeas di YouTube - https://www.youtube.com/results?search_query=#teamseas


Ucapan jutaan terima kasih jika ada dalam kalangan anda yang membaca jika ada turut serta dalam kempen ini.​


P/S: Alhamdulillah dapat juga buat thread yang direquest oleh @suyisaster ni. Dialah orang pertama yang perasan logo TeamSeas yang saya pakai sebelum ni sebagai avatar haha

LOGO_A.png

Sekian

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Pada setiap hari terdapat sedekah di setiap sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: Berlaku adil di antara dua orang manusia adalah sedekah, membantu seseorang naik ke atas binatang tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya ke atas belakang binatang tunggangannya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah.
(Sahih Muslim)
 

Aceofspade

Forum Moderator
DFM Sub Moderator
LV
0
 
30 May 2021
6,488
36,669
Dragonforce Malaysia
DragonCoin
9,668,038.00
View attachment 16793
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga DFM sekalian

Pada thread kali ini, saya nak ceritakan satu 'laungan' yang patut disahut oleh semua orang. Tak kisahlah bangsa, agama, jantina, waganegara, warna kulit, latar belakang pelajaran dan lain-lain. Semua boleh turut serta.



Oklah...apa yang dimaksudkan dengan TeamSeas itu sendiri?

Sama juga seperti TeamTrees, hashtag ni menggunakan format yang sama contohnya seperti Team Rocket dalam Pokemon haha

1200px-Team_Trees_logo.svg-900x227.png


Jika tujuan utama TeamTrees untuk menanam sebatang pokok bagi 1$, tujuan utama crowdfunding ini dijalankan adalah untuk membersihkan 1 pound (0.4535924kg) sampah di laut bagi 1$.

TeamTrees menyasarkan 20 juta dollar AS sebelum 2020
TeamSeas menyasarkan 30 juta dollar AS sebelum 2022

Usaha ini dijalankan oleh seorang lelaki bernama Jimmy Donaldson atau lebih dikenali di Internet, lebih-lebih lagi dalam kalangan YouTuber dan penonton channel Mr. Beast. Begitu juga dengan Mark Rober, seorang Youtuber, engineer dan inventor.

5df10ea5fd9db22bb768a0c4.jpg
mark-rober.jpg


Alhamdulillah, pernah join dulu kempen #TeamTrees walaupun cuma mampu donate 1$ sahaja.

Tapi kalau kita fikir, seorang derma 1$. Populasi dunia pula 7.6B pada waktu tu. Sebenarnnya, dah boleh cover berkali ganda kos yang diperlukan. Belum kira yang donate lebih daripada 1$ (walaupun, dalam 7.6B orang pada waktu tu, mungkin banyak yang tiada akses internet atau pun tidak mampu).

Syukur, pada waktu saya menulis thread ini, kutipan untuk TeamTrees telah pun mencapai 23,573,124
Manakala bagi kempen baru, TeamSeas telah pun mencapai angka 21,470,365

View attachment 16802


Sekarang, kebanyakan YouTube antarabangsa turut sama berpartisipasi dalam membuat video-video berkaitan kesedaran tentang pencemaran laut yang mengakibatkan hidupan laut turut terkesan seperti penyu yang kebanyakannya termakan plastik sampah sebab terkeliru dengan obor-obor dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, tema tidaklah strict.

Contohnya, jika channel YouTube tu pasal kek boleh buat satu livestream fundraiser selama sejam contohnya, di mana content creator tersebut boleh bake kek dengan corak logo TeamSeas atau dengan topping penyu contohnya.

Ikut kreativiti masing-masing dan bersama-sama kita menyelamatkan laut daripada pencemaran.

View attachment 16798

Website bagi:
TeamSeas - https://teamseas.org
TeamTrees - https://teamtrees.org
Carian #TeamSeas di YouTube - https://www.youtube.com/results?search_query=#teamseas


Ucapan jutaan terima kasih jika ada dalam kalangan anda yang membaca jika ada turut serta dalam kempen ini.​


P/S: Alhamdulillah dapat juga buat thread yang direquest oleh @suyisaster ni. Dialah orang pertama yang perasan logo TeamSeas yang saya pakai sebelum ni sebagai avatar haha

View attachment 16797

Sekian

Alhamdulillah ...harap2 berterusan
 
  • Like
Reactions: nxncy

Grimmy081

DFM Bawang Rangers
DFM Bawang Rangers
LV
0
 
5 Jun 2021
2,294
26,490
In your darkest nighmare
DragonCoin
9,366.00
Tart Nenas
Dragon Nest (드래곤네스트)
Eagle
Black Dragon
Rawr The Fat Tiger
Ancient Piranha
lorax-wink.gif

"I am the Lorax. I speak for the trees. I speak for the trees for the trees have no tongue."
- Dr. Seuss​
Cite sedih 🥲
Eh tiber... aq taknak jaga laut..
Best owww laut. Dl leh swimming mancing berkhemah tepi tu. Sekarang....nk swimming banyak obor2, minyak, apa lagi. Pantai dah jadi berlumpur, x ada pokok tepi tu dah. 🥲 Kerang siput ketam x jumpa melepak atas pantai.
Hutan pon sama dl. Belakang rumah leh buat rumah pokok. Dlm sikit buat kubu komunis 😂. Sekarang.....kolam ikan air tawar. Dgn taman perumahan.....rumah banyak x jual, bina lagi rumah 🥲
 

Falcon98

BANNED!!
Banned User
LV
0
 
6 Jun 2021
2,666
30,408
San Francisco, Malaysia
reusagi98.blogspot.com
DragonCoin
14,482,745.00
Tart Nenas
Apple Macbook Pro 13
Redmi Note 11 Pro
DJI Mavic Pro
Samsung Galaxy Z FLIP 3
Apple TV
Cite sedih 🥲

Best owww laut. Dl leh swimming mancing berkhemah tepi tu. Sekarang....nk swimming banyak obor2, minyak, apa lagi. Pantai dah jadi berlumpur, x ada pokok tepi tu dah. 🥲 Kerang siput ketam x jumpa melepak atas pantai.
Hutan pon sama dl. Belakang rumah leh buat rumah pokok. Dlm sikit buat kubu komunis 😂. Sekarang.....kolam ikan air tawar. Dgn taman perumahan.....rumah banyak x jual, bina lagi rumah 🥲
tanakkkk...laut bnyk obor-oborrrrr.....