Information Telegram Premium Itu Pasti, Bakal Dilancarkan Bulan Ini

Show informational about something

Kliemada

DFM Hackers
DFM Hackers
Telegram Premium Itu Pasti, Bakal Dilancarkan Bulan Ini

telegram-e1608256987427.jpg
Teka-teki berakhir, segala kekeliruan dan persoalan akhirnya terjawab di mana Telegram kini bakal menawarkan ciri Telegram Premium pada bulan ini. Perkara tersebut disahkan pengasasnya - Pavel Durov menerusi saluran rasmi Telegram beliau.

Antara kelebihan buat pemilik akaun Telegram Premium ini adalah termasuk memuat naik fail sehingga 4GB, muat turun lebih pantas, tiada iklan, avatar animasi dan lain-lain.


tg-premium-1024x652.jpeg

Walau bagaimanapun, bagi pengguna bukan premium, jangan risau kerana anda masih lagi dapat menggunakan Telegram seperti biasa. Cumanya, akan ada beberapa ciri khusus yang tidak boleh digunakan.

Harga langganan Telegram Premium buat masa ini masih belum didedahkan tetapi khabar angin mendakwa ia sekitar USD4.99 (~RM22).



Sumber : Pavel Durov
Kredit : Wiser