Information [UBAH MINDSET] Financial Freedom - Kebebasan Kewangan

Show informational about something

ShahrulHalim

Moderator
DFM Administrator
LV
0
 
5 Jun 2021
3,733
20,473
34
Aqsa
dragonforce.io
DragonCoin
66,458,989.00
Mystery Box [ LEGENDARY ] 🔥🔥🔥
Tart Nenas
Angry Lion
Perodua Kancil
Black Dragon
Shark
Financial-Freedom-2019-626x313.png


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga DFM sekalian

Pada thread kali ini, saya nak kongsi tentang satu paradigma iaitu financial freedom atau kebebasan kewangan.

Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan ni? Saya bagi satu situasi.

Anda ada major issue dengan kereta anda. Perasaan anda bercelaru sebab fikir nak bayar kos repair. Tapi nak buat macam mana? Terpaksa bayar untuk selesaikan masalah. Seminggu kemudian, dah lupa pun masalah tu.

man-struggles-with-panic-attack-scaled.jpg


Sekarang lebih relatable dengan keadaan kini. Pandemik. Daripada panik fikir diberhentikan kerja dan bergantung semata-mata kepada kerajaan yang boleh diharap :) , anda ada pendapatan tepi. Anda boleh fokus kepada macam mana nak hadapi atau sama-sama bantu pulihkan pandemik/penyakit itu daripada risau apa nak bagi makan keluarga di rumah.

Itu yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan.

Di mana anda tak 'dirantai' atau 'dibelenggu' dengan masalah kewangan. Anda tidak terikat seperti hamba abdi.

Malah boleh saya katakan tanpa perasaan takut dan cemas untuk berhenti kerja tetap anda untuk buat kerja yang anda suka, walaupun kerja tu pendapatannya kurang berbanding kerja yang buat anda stress.

Financial-Freedom.jpg


Ini tidak pula bermakna, anda buat sesuatu tanpa berfikir. Yalah, tiada stress sebab tak fikir, kan? Bukan begitu. Anda tidak stress sebab anda telah bersedia. Anda plan betul-betul kewangan anda supaya teratur dan cukup. Bukannya terus bekerja kuat sebab fikir nak duit, nak duit...

Kebebasan kewangan ni anda boleh nampak dalam bentuk ni:
  • Kebebasan untuk pilih karier yang disukai tanpa fikir tentang wang​
  • Kebebasan untuk pergi ke tempat yang anda nak lawat tanpa fikir tentang cukup tak bajet​
  • Kebebasan untuk bayar secara tunai​
  • Kebebasan untuk menderma tanpa fikir "Banyak ke aku bagi ni?" atau "Mesti scam ni..."​
  • Kebebasan untuk bersara awal​

55-Community-First-5-Ways-to-Support-Small-Businesses-in-Your-City.jpg


Senang cerita, mulakan perniagaan, tak kisah kecil atau besar. Nabi Muhammad sendiri pernah terlibat dalam perniagaan di bawah isteri baginda Khadijah sehingga kejujuran baginda dalam perniagaan menarik hati beliau. Sahabat-sahabat nabi juga ahli perniagaan.

Kenapa perniagaan? Anda tidak terikat dengan gaji tetap tapi bergantung pada keuntungan yang anda dapat.

Suka saya petik satu carta yang dipanggil cashflow quadrant dalam buku Robert T. Kiyosaki bertajuk 'Cashflow Quadrant'

maxresdefault.jpg


1. E - Employee, di mana anda bekerja untuk duit tetap
2. S - Small business, di mana anda bekerja untuk duit tapi lebih bebas
3. B - Big Business, di mana anda bekerja untuk sistem yang memudahkan anda untuk menghasilkan duit
4. I - Investment, di mana duit bekerja untuk anda

Tahap keempat inilah yang kebebasan kewangan secara mutlak


P/S: Alhamdulillah dapat juga buat thread yang direquest oleh @Grimmy081 ni. Dialah yang bagi cadangan pada profile post saya bertarikh 3 November 2021

Financial Freedom.png

Sekian