Information 🌟 #3 [ILMUWAN ISLAM IDOLA SAYA] - Maryam al-Asturlabiyya

Show informational about something

ShahrulHalim

Moderator
DFM Administrator
LV
0
 
5 Jun 2021
3,733
20,473
34
Aqsa
dragonforce.io
DragonCoin
66,458,989.00
Mystery Box [ LEGENDARY ] 🔥🔥🔥
Tart Nenas
Angry Lion
Perodua Kancil
Black Dragon
Shark
astrolabe-1024x576.jpg


Salam Jumaat
Assalamualaikum kepada pembaca forum DragonForce Malaysia yang hebat-hebat belaka


Ini ialah thread kesinambungan siri thread ILMUWAN ISLAM IDOLA SAYA. Lama juga selang masa daripada thread pertama (26 Ogos 2021) dan thread kedua (24 Disember 2021) 😅. Bagi siapa yang belum membaca thread pertama dan kedua, bolehlah berbuat demikian:


Tokoh yang ketiga ini pun datangnya daripada cadangan komen di thread kedua oleh @Aerisyu

Saya pun memutuskan untuk buat thread tentang tokoh ini kerana:
1. Mengetengahkan tokoh wanita Muslim dalam sains (Islam tidak mengongkong wanita)
2. Maryam merupakan nama agung satu-satunya wanita yang disebut di dalam al-Quran (malah terkalam sebagai satu surah)
3. Usaha mendalami OSINT di mana salah satu Tools yang terkenal bernama Maryam OSINT Framework

Sebelum tu nak bagi cadangan sikitlah untuk buka muzik ni, bagi semangat sikit baca 💪:


Tanpa berbasa-basi lagi, saya perkenalkan ilmuwan yang ketiga:

#3 Maryam al-Asturlabiyya (Al-'Ijliyyah)​

mh-women-03.jpg


Nama sebenar beliau (seperti yang berada dalam kurungan di atas) ialah
Al-'Ijliyyah binti al-'Ijliyy

Hidup pada kurun ke-10, beliau tinggal di Aleppo, di Syria sekarang.

Beliau lebih dikenali dengan nama @maaryam Maryam/Mariam al-Asturlabiyya tetapi nama Maryam itu tidak pula dinyatakan dalam sumber yang ada tentang kisah hidup beliau.

Ya! Agak misteri sedikit sebab tidak banyak informasi yang kita tahu tentang beliau kerana kekurangan sumber.

Nama belakang al-Asturlabiyya itu bukanlah nama bapanya atau pun nama tempat seperti gelaran bagi ulama' lain seperti al-Khawarizmi (berasal daripada Khwarazm) atau Idris al-Marbawi (berasal dari Rembau), tetapi merujuk kepada satu alat yang dipanggil astrolabe dan kerjayanya sebagai pembuat astrolabe.


Bapanya, al-'Ijiliyy merupakan seorang pembuat astrolabe pada zaman kegemilangan Islam. Ibarat telefon pintar buatan tangan pada zaman moden ini. Astrolabe ini digunakan dalam bidang astronomi dengan pelbagai fungsi seperti model alam semesta, pengukur, pengira, peneliti kerataan satah (level), penentu masa tak kira siang dan malam serta banyak lagi.

Seperti bapanya, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, beliau pun turut berminat dalam pembuatan dan penambah baikan astrolabe ini. Astrolabe bukanlah dicipta oleh Maryam atau pun bapanya, tetapi diperkenalkan ke dunia Islam oleh Barat dan dicipta pada zaman Hellenistik (Yunani). Pada zaman kegemilangan Islamlah, penambah baikan berlaku secara pesat lebih-lebih lagi dalam bidang agama.

Kaaba2.jpg


Antara penambah baikan astrolabe ialah penambahan skala sudut, menambah bulatan yang menandakan azimuth pada ufuk (kaki langit). Digunakan kebanyakan orang pada waktu itu untuk mengembara dengan kapal dan juga mencari arah kiblat.

Ahli matematik Muhammad al-Fazari merupakan orang pertama yang menghasilkan astrolabe pada zaman kegemilangan Islam. Beliau dan ayahnya yang bertanggung jawab membawa angka Hindu ke dalam bahasa Arab kerana menterjemahkan teks astronomi India oleh Brahmagupta.


Fakta menarik: Asteroid 7060 al-'Ijliya yang dijumpai oleh Henry E. Holt di Palomar Observatory pada tahun 1990 dinamakan bersempena penghargaan kepada beliau.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca rajutan ini. Jadi, dengan ini, saya akhiri thread ini.

Assalamualaikum
 

Aceofspade

Forum Moderator
DFM Sub Moderator
LV
0
 
30 May 2021
6,471
36,639
Dragonforce Malaysia
DragonCoin
9,667,868.00
Thank cip.. dpt juga ilmu ilmuwan islam ..
astrolabe-1024x576.jpg


Salam Jumaat
Assalamualaikum kepada pembaca forum DragonForce Malaysia yang hebat-hebat belaka


Ini ialah thread kesinambungan siri thread ILMUWAN ISLAM IDOLA SAYA. Lama juga selang masa daripada thread pertama (26 Ogos 2021) dan thread kedua (24 Disember 2021) 😅. Bagi siapa yang belum membaca thread pertama dan kedua, bolehlah berbuat demikian:


Tokoh yang ketiga ini pun datangnya daripada cadangan komen di thread kedua oleh @Aerisyu

Saya pun memutuskan untuk buat thread tentang tokoh ini kerana:
1. Mengetengahkan tokoh wanita Muslim dalam sains (Islam tidak mengongkong wanita)
2. Maryam merupakan nama agung satu-satunya wanita yang disebut di dalam al-Quran (malah terkalam sebagai satu surah)
3. Usaha mendalami OSINT di mana salah satu Tools yang terkenal bernama Maryam OSINT Framework


Sebelum tu nak bagi cadangan sikitlah untuk buka muzik ni, bagi semangat sikit baca 💪:


Tanpa berbasa-basi lagi, saya perkenalkan ilmuwan yang ketiga:

#3 Maryam al-Asturlabiyya (Al-'Ijliyyah)​

mh-women-03.jpg


Nama sebenar beliau (seperti yang berada dalam kurungan di atas) ialah
Al-'Ijliyyah binti al-'Ijliyy

Hidup pada kurun ke-10, beliau tinggal di Aleppo, di Syria sekarang.

Beliau lebih dikenali dengan nama @maaryam Maryam/Mariam al-Asturlabiyya tetapi nama Maryam itu tidak pula dinyatakan dalam sumber yang ada tentang kisah hidup beliau.

Ya! Agak misteri sedikit sebab tidak banyak informasi yang kita tahu tentang beliau kerana kekurangan sumber.

Nama belakang al-Asturlabiyya itu bukanlah nama bapanya atau pun nama tempat seperti gelaran bagi ulama' lain seperti al-Khawarizmi (berasal daripada Khwarazm) atau Idris al-Marbawi (berasal dari Rembau), tetapi merujuk kepada satu alat yang dipanggil astrolabe dan kerjayanya sebagai pembuat astrolabe.


Bapanya, al-'Ijiliyy merupakan seorang pembuat astrolabe pada zaman kegemilangan Islam. Ibarat telefon pintar buatan tangan pada zaman moden ini. Astrolabe ini digunakan dalam bidang astronomi dengan pelbagai fungsi seperti model alam semesta, pengukur, pengira, peneliti kerataan satah (level), penentu masa tak kira siang dan malam serta banyak lagi.

Seperti bapanya, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, beliau pun turut berminat dalam pembuatan dan penambah baikan astrolabe ini. Astrolabe bukanlah dicipta oleh Maryam atau pun bapanya, tetapi diperkenalkan ke dunia Islam oleh Barat dan dicipta pada zaman Hellenistik (Yunani). Pada zaman kegemilangan Islamlah, penambah baikan berlaku secara pesat lebih-lebih lagi dalam bidang agama.

Kaaba2.jpg


Antara penambah baikan astrolabe ialah penambahan skala sudut, menambah bulatan yang menandakan azimuth pada ufuk (kaki langit). Digunakan kebanyakan orang pada waktu itu untuk mengembara dengan kapal dan juga mencari arah kiblat.

Ahli matematik Muhammad al-Fazari merupakan orang pertama yang menghasilkan astrolabe pada zaman kegemilangan Islam. Beliau dan ayahnya yang bertanggung jawab membawa angka Hindu ke dalam bahasa Arab kerana menterjemahkan teks astronomi India oleh Brahmagupta.


Fakta menarik: Asteroid 7060 al-'Ijliya yang dijumpai oleh Henry E. Holt di Palomar Observatory pada tahun 1990 dinamakan bersempena penghargaan kepada beliau.​
 

Aerisyu

Assistant Leader
DFM Bawang Rangers
LV
0
 
5 Jun 2021
502
10,282
DragonCoin
5,882,963.00
Pulau Persendirian
Angry Lion
Black Dragon
Charlie Dame...
Biskut Mazola
Famos Amos [ BANGSAWAN ]
Waalaikumussalam.

Alhamdulillah, terima kasih Submod @ShahrulHalim sebab penuhi cadangan saya.
Thread Ilmuwan Islam penulisan submod tak pernah mengecewakan. Menarik, padat dengan ilmu dan info.

Cadangan lagu 1453 oleh Fetih tentang kisah Pembukaan Kota Constantinople dari thread pertama hingga ketiga memang buat rasa semangat baca. Salah satu zaman kegemilangan Islam yang pernah memerintah hampir dua pertiga dunia.

Sumbangan dari penciptaan Astrolabe oleh Maryam Al-Astrulabiyya buat kita dapat gunakan hasil ciptaan beliau pada masa sekarang ni. Tapi sayangnya tak banyak info tentang tokoh yang satu ni.

Jazakallahu khayr.